36 || ERDEN'S ✧.*

5.2K 335 62
                                    

DAREN menolak pintu bilik Carl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DAREN menolak pintu bilik Carl. Xylon turut mengikut Daren. Di mana ada Daren, di situ ada Xylon. Carl yang sedang leka menyiapkan kerja itu terus mengangkat wajahnya memandang ke arah pintu.

Kerusi di hadapan meja Carl itu ditarik. Carl hanya memandang saja dua orang sahabatnya yang berjaya melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

"Kenapa?" Soal Carl hairan. Jarang sekali Xylon mengikut Daren masuk ke biliknya. Pasti ada sesuatu yang mereka mahu katakan.

"Kau busy?" Soal Daren. Matanya memandang tepat pada wajah Carl. Nampak seperti tiada apa-apa masalah. Dia pasti Irene masih tidak jujur dengan Carl tentang kandungannya.

Carl menggeleng. Kerjanya hampir siap jadi dia tidaklah sibuk mana. Jika mahu ajak berborak, boleh saja.

"Kau dah berbaik dengan Irene?" Soal Xylon pula. Lambat betul si Daren ni nak mulakan topik sebenarnya. Akhirnya dia sendiri yang mulakan. Nak tunggu Daren? Agaknya sampai esok pun tak sudah.

Carl terus mengalihkan pandangan ke arah Xylon. Berkerut dahinya memandang wajah Xylon.

"Kenapa tiba-tiba tanya?"

Xylon mengeluh sebelum dia memutarkan bebola matanya. "Jawab aje lah.."

"Entah. Aku cuba nak sayangkan dia. Susah.." Carl menggeleng kepalanya. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya.

"Jadi kau dah boleh terima dia?" Soal Daren pula. Matanya menatap tajam wajah Carl.

Lama Carl mendiam. Daren dan Xylon turut diam menunggu jawapan dari mulut Carl. Dia benar-benar mahu tahu tentang itu.

Perlahan-lahan Carl mengangguk kepalanya. Melihat Carl mengangguk itu, Daren dan Xylon terus berpandangan sesama sendiri.

"Kau dah terima dia tapi kau still cuba untuk sayangkan dia?" Kening Xylon terangkat. Carl memandang wajah Daren dan Xylon silih berganti. Apa kena dengan dua orang manusia ni?

"Apa masalah korang berdua ni?" Carl menjeling. Tidak pasal-pasal dia kena soal siasat dengan dua jejaka beku ini.

"Cuba jawab je. Jangan banyak tanya." Daren mendengus kasar. Susah betul nak jawab soalan orang.

"Aku cuba nak sayangkan dia. Rasa sayang aku still tak ada pada dia."

"Sebab sayang kau sepenuhnya untuk Ayeshah.. Kan?"

Carl terdiam. Memang benar apa yang dikatakan oleh Xylon itu. Dia masih menyayangi dan mencintai Ayeshah. Jadi tidak semudah itu untuk dia mencintai dan menyayangi perempuan lain selain Ayeshah.

"Teruskan sayang dan cintakan Ayeshah. Sebab Ayeshah adalah satu-satunya perempuan yang tak akan buat kau kecewa.." Daren tersenyum kecil. Mustahil untuk Ayeshah mengecewakan Carl kerana Ayeshah sudah tidak ada di dunia ini. Cuma yang tinggal hanya kenangan Carl bersama Ayeshah.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now