09 || ERDEN'S ✧.*

4.3K 263 18
                                    

AYESHAH membawa dua cawan yang berisi air kopi itu ke ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYESHAH membawa dua cawan yang berisi air kopi itu ke ruang tamu. Cawan itu diletakkan betul-betul di hadapan Bonda dan Papanya.

Wajah kedua orang tuanya dipandang lama. Keluhan dilepaskan perlahan.

Datin Asyfa memandang anak perempuannya hairan. Biasanya anak perempuannya ini akan berbual dengan mereka. Mulut becok. Namun kini lain pula.

"Esha kenapa ni? Ada nak cakap apa-apa ke dengan Bonda dan Papa?"

Ayeshah mengangkat kepalanya memandang wajah orang tuanya. Dia mulai gementar.

"Ayeshah Azzahra."

Pandangan Ayeshah beralih tepat pada wajah Dato' Ahmad Idrus. Air liurnya ditelan kesat.

"Sebenarnya..."

Datin Asyfa dan Dato' Ahmad Idrus menunggu ayat yang bakal keluar dari mulut anaknya. Wajah Ayeshah dipandang lama.

Seminit..

Dua minit..

Tiga minit..

Dato' Ahmad Idrus mengeluh. Datin Asyfa menggeleng kepalanya.

"Sebenarnya apa, Esha?" Dato' Ahmad Idrus setia menanti jawapan anaknya.

"Anak Bonda nak cakap apa ni?"

Puas mereka menanti jawapan dari mulut Ayeshah. Namun Ayeshah hanya diam.

Tangannya sudah basah kerana gementar. Kepala ditundukkan tatkala kedua orang tuanya memandang tepat ke arahnya.

"Ayeshah Azzahra binti Dato' Ahmad Idrus.."

Kepala diangkat. Nama penuhnya sudah disebut oleh Dato' Ahmad Idrus. Kali ini dia tidak boleh berdiam diri.

"Esha nak cakap apa?" Berkerut dahi Datin Asyfa memandang anak daranya. Jarang sekali Ayeshah diam begini.

"Esha pergi mana dengan Carl siang tadi?" Soal Dato' Ahmad Idrus tegas. Dia tahu anaknya takut untuk berterus terang.

"Esha.."

"Esha pergi mana, sayang?"

"Esha pergi beli cincin dengan Erden.." Jawab Ayeshah jujur. Kepalanya ditundukkan. Bibir bawahnya digigit.

Dato' Ahmad Idrus dan Datin Asyfa memandang anaknya hairan sebelum mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa Carl bawa Esha pergi beli cincin?"

Ayeshah diam. Tangannya menggigil. Dia memandang wajah Dato' Ahmad Idrus dan Datin Asyfa sekilas sebelum dia menunduk semula.

"Dia.."

Mereka berdua menunggu anak perempuannya menghabiskan ayat.

Datin Asyfa bangun dari duduknya. Dia menapak menghampiri anak perempuannya yang duduk berhadapan dengan suaminya.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now