31 || ERDEN'S ✧.*

5.8K 336 20
                                    

IRENE menolak pintu rumahnya dalam keadaan mamai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IRENE menolak pintu rumahnya dalam keadaan mamai. Terhuyung-hayang tubuhnya melangkah akibat dia meneguk air haram itu terlalu banyak pada malam itu. Kepalanya yang seakan berputar itu dipegang.

Aldrich yang sudah bangun di awal pagi itu hanya memandang anak perempuannya yang jelas dalam keadaan mabuk itu. Dia hanya memeluk tubuh memerhati setiap langkah anaknya. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

Aldrich terus bangun dari duduknya apabila melihat Irene yang seakan mahu tumbang itu. Dia memapah tubuh anak perempuannya lalu dia perlahan-lahan meletak anaknya di atas sofa. Wajah anaknya itu ditampar perlahan.

"Melissa.." Panggil Aldrich sambil tangannya memukul perlahan wajah Irene. Irene memaksa matanya untuk terbuka walaupun sebenarnya dia tidak mampu. Kepalanya sungguh pening. Dia tidak tahu berapa banyak dia meneguk air haram itu.

"Irene Melissa.." Panggil Aldrich sekali lagi. Mata Irene sudahpun terbuka namun pandangannya kabur. Dia benar-benar tidak larat.

"Y..Ya.." Jawab Irene yang mendengar ayahnya memanggil. Aldrich mengeluh apabila bau air haram itu masuk ke rongga hidungnya. Bukannya dia tidak kenal bau itu. Dari awal dia sudah tahu Irene akan pergi ke kelab malam untuk bertemu dengan Gabriel. Namun dia tidak tahu apa yang berlaku kepada anaknya ini sehingga terlampau mamai.

"Kau minum berapa banyak semalam? Kau tahu kan air tu haram untuk kau?" Aldrich menjeling tajam anaknya itu. Irene terus tergelak kecil mendengar ujaran ayahnya itu. Dia menggeleng perlahan kepalanya.

"Minum sikit je.." Jawab Irene lalu dia menutup rapat matanya. Sakit kepala tidak boleh ditahan.

"Sikit kau kata? Kalau sikit tak adanya kau mabuk sampai macam ni. Kau jujur dengan aku, Melissa. Kau buat apa je semalam? Kenapa kau tak balik?" Ucap Aldrich dalam nada tegas. Irene membuka matanya sebelum dia tersenyum kecil. Aldrich menikam tajam anak mata Irene yang berwarna kehijauan itu.

"Tak.. Ada buat apa.." Jawab Irene lalu dia bangun dari duduknya. Beg tangan dicapai sebelum dia melangkah perlahan-lahan untuk naik ke bilik. Dia benar-benar tidak larat. Dia juga terlalu penat. Entah apa yang dia lakukan malam tadi sehingga dia terlampau penat. Tenaganya sudah habis.

"Kau nak pergi mana Irene Melissa?! Jalan betul-betul boleh tak?! Itu bukan tangga! Itu almari! Ke kiri lagi!" Jerit Aldrich sedikit kuat apabila melihat anaknya yang hampir terlanggar almari yang berada di tepi tangga itu. Irene tergelak sebelum dia perlahan-lahan mendaki tangga itu.

Aldrich mengeluh. Sakit kepalanya apabila bau air itu masuk ke rongga hidungnya. "Dengan lelaki manalah kau tidur malam tadi, Melissa."

Aldrich terus bangkit dari duduknya dan berjalan ke arah dapur. Dia tahu anaknya tidur dengan lelaki lain. Cuma dia sendiri tidak pasti siapa lelaki itu. Benda dah jadi, apa dia boleh buat? Hanya diam sajalah dia mampu. Nak halang pun tak boleh kerana anaknya dari dulu bertukar-tukar lelaki setiap malam. Sekejap lelaki handsome, sekejap lelaki kaya. Nampak sangat Irene Melissa tidak puas menikmati masa mudanya. Gatal sangat mahu kahwin! Siapa suruh?!

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now