64 || ERDEN'S ✧.*

8.3K 511 60
                                    

IRENE memusingkan tubuhnya menghadap Adriel yang sedang memandu itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IRENE memusingkan tubuhnya menghadap Adriel yang sedang memandu itu. Hari sudahpun mahu senja. Mereka berdua masih bersama.

"You.." Panggil Irene bersama matanya menatap lama wajah tampan Adriel.

Adriel menoleh. Dia melakar senyuman kecil.

"Kenapa? Kau nak apa?" Soal Adriel. Tahu sangatlah dia, Irene mahukan sesuatu.

"Jom pergi pantai?" Irene mengelipkan matanya berkali-kali.

Adriel terus mengerutkan dahinya.

"Pantai? Dah nak maghrib ni. Nak pergi pantai apanya?" Dia menggeleng.

Orang mengandung ni memang suka minta yang bukan-bukan eh?

"Alaa jomlah.. I dah lama teringin nak main pasir pantai." Irene cuba memujuk Adriel. Dia juga mendengar keluhan yang keluar dari mulut Adriel. Namun apa dia kisah? Jika dia kata mahu, maknanya dia benar-benar mahukan.

"Ish iyalah. Tapi sekejap je tau? Aku kena hantar kau balik lepas ni." Adriel terpaksa mengalah. Nak berlawan dengan perempuan? Tak payah. Awal-awal lagi dia sudah kalah. Siapa je yang boleh menang jika berlawan dengan perempuan?

Irene terus melakar senyuman manis di bibirnya. Dia sangat gembira ketika ini. Kalaulah Carl melayannya sebaik ini, pasti dia tidak akan bersama Adriel sekarang ini.

Sampai saja di pantai itu, Irene terus berlari anak menuju ke tepi pantai.

"Jangan berlari boleh tak? Kau tu mengandung." Adriel menggeleng. Agaknya Irene ni lupa dia sedang mengandung?

Ketawa kecil terletus dari bibir Irene.

"I tak lupalah. Tak apalah. Nanti anak I keluar, dia aktif." Irene terlompat-lompat gembira.

Terbeliak biji mata Adriel melihat.

"Woi! Woi! Janganlah melompat sana sini! Nanti terkeluar anak kau!" Adriel sudah menggaru kepalanya. Pening mahu melayan mak buyung ni.

"You ni risau sangat kenapa? Ini bukannya anak you." Irene sendiri tidak faham mengapa Adriel ini terlalu risaukan tentang kandungannya.

"Kau tak sayang anak eh?" Pelik Adriel dengan Irene ni. Dia pula yang terlebih risau tentang kandungan Irene.

"Kalau I tak sayang, dah lama I buang anak ni." Irene mengeluh. Kalau nak diikutkan, dia mahu saja buang. Tapi bila difikiran dosanya, terlalu banyak. Jadi tak akanlah dia mahu lakukan dosa lagi?

"Buang? Gila ke apa?"

Irene tergelak. Apa ingat dia segila itu ke apa?

"Duduklah sini. Kau terkinja-kinja macam tu dah kenapa?" Adriel menarik tangan Irene untuk duduk seketika. Terlebih vitamin ke apa si Irene hari ini? Aktif semacam aje.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now