26 || ERDEN'S ✧.*

5K 285 23
                                    

KUNCI kereta Audi R8 diambil sebelum dia melangkah keluar dari bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KUNCI kereta Audi R8 diambil sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Kaki menuruni anak tangga perlahan-lahan. Hari ini merupakan hari sabtu, jadi Carl tidak pergi ke office. Dia mahu menghabiskan masanya dengan cinta hati.

Baru saja Carl mahu keluar dari rumah, lengannya sudah ditarik seseorang. Pantas Carl menoleh ke belakang. Dia mengeluh perlahan apabila melihat figura Irene berdiri tegak di belakangnya.

"You nak pergi mana pagi-pagi? Hari ni bukan you cuti ke?" Tangan Irene masih memegang lengan Carl. Laju Carl menepis tangan Irene. Dia menjeling isterinya itu.

"Tak payah sibuk. Kau duduk je la dekat rumah ni." Ujar Carl dalam nada yang menyampah. Sedikitpun wajah Irene tidak dipandang. Dia tidak mahu menambah dosa pagi-pagi begini.

"I nak ikut!" Pantas Carl memandang wajah isterinya dengan pandangan tajam. Dia mengeluh sebelum dia mengepal penumbuk.

"Duduk je lah dekat rumah ni. Aku bukannya keluar pergi shopping." Balas Carl malas. Dia tidak mahu marah-marah pagi begini. Elok mood nya okay, nanti jadi tidak okay pula.

"I bosanlah duduk rumah ni sorang-sorang. I nak ikut you. Bolehlah, Carl..." Irene mendayukan suaranya. Carl menolak perlahan tubuh Irene menjauhinya. Dia rimas apabila disentuh begitu.

"Celah mananya kau duduk sorang? Kau tak nampak manusia yang duduk dekat ruang tamu tu? Buta?" Carl menjeling. Stephen dan Eric yang berada di ruang tamu itu hanya melihat saja Carl dan Irene bertengkar.

"I tak suka dia oranglah. Semua orang dalam rumah ni tak suka dengan I. Lagi-lagi pembantu rumah ni." Selamba Irene menggelar Clara sebagai pembantu rumah. Tidak serik agaknya diseksa dan didera beberapa hari lepas.

"Siapa pembantu rumah yang kau maksudkan tu? Aku ke?" Ucap Clara yang baru saja keluar dari dapur itu. Di tangannya terdapat sebuah jug dan plastik yang penuh dengan bunga.

Irene menjeling. Dia sungguh menyampah apabila berhadapan dengan Clara. "Kau bla boleh tak? Jangan kacau aku dengan Carl. Aku tampar muka kau lagi karang. Muka dan lebam sana-sini pun sibuk nak kacau orang."

Terlepas tawa Clara mendengar kata-kata Irene. Dia menolak kepala Irene kuat. "Tak sedar diri ke? Muka kau pun sama. Tapi muka kau hodoh lagilah dari muka aku. Muka aku walaupun lebam nampak lagi rupa manusia, daripada kau tu. Rupa manusia pun dah tak nampak, nampak rupa binatang je."

Irene tidak puas hati apabila Clara menghinanya. Tangannya sudah naik mahu menampar wajah Clara, namun cepat saja Carl menarik tangan isterinya daripada menyentuh Clara sekali lagi.

Lengan Clara juga ditarik oleh Daren. Dari tadi Daren memerhati Clara dan Irene bertengkar. Cuma tunggu masa saja untuk bertindak. Dia tahu Irene akan mengangkat tangan mahu menyakiti Clara.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now