05 || ERDEN'S ✧.*

5.6K 257 4
                                    

"ERDEN CARL CALVIN! KAU BANGUN SEKARANG! " Suara jeritan Cadee yang masuk ke ruang telinganya itu sudah mengganggu tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ERDEN CARL CALVIN! KAU BANGUN SEKARANG! " Suara jeritan Cadee yang masuk ke ruang telinganya itu sudah mengganggu tidurnya. Semakin lama bebelan Cadee, semakin ditarik selimutnya itu. Telinga ditutup menggunakan kedua belah tangannya. Bising!

Cadee sudah hilang sabar tatkala jeritannya itu tidak memberi respon kepada Carl. Pintu bilik Carl itu ditendang kuat. Cadee terus melangkah mendekati adiknya yang masih lena dibuai mimpi.

Selimut yang menutupi tubuh Carl itu ditarik kasar. Bantal yang berada disisi Carl itu diambil lalu dibaling kuat ke arah adiknya.

" ERDEN CARL CALVIN! DAH PUKUL BERAPA SEKARANG NI! BANGUN CEPAT! " Beginilah kehidupan seorang Erden Carl. Setiap pagi pasti akan dikejut oleh abangnya. Pagi-pagi sudah mendengar bebelan Cadee. Mahu bernanah telinganya tatkala Cadee tidak henti membebel.

Carl mendengus kasar. Cepat-cepat dia bangun dari baringnya. Mata digosok perlahan. Cadee yang merenungnya tajam itu hanya diabaikan sahaja.

"Erden Carl Calvin! Sampai bila nak macam ni? Kau dah 29 tahun tau? Takkanlah setiap hari aku nak kena kejut macam budak tadika. Anak aku pun tahu bangun sendiri.. " Carl menjeling abangnya yang dari tadi tidak berhenti membebel. Setiap hari pasti ada saja bebelan yang keluar dari mulut Cadee.

"Erlan, boleh tak kau diam sekejap? Bernanah telinga aku dengar kau bebel tak berhenti." Carl menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Kalau membebel sekali dalam seminggu tak apalah juga, ini setiap hari!

"Apa dia Carl? Kau suruh aku diam? Oh kau fikir bernanah telinga kau aje lah? Habis tu mulut aku yang dah berbuih-buih ni kau tak kisah?" Pantas saja Carl menggeleng kepalanya. Siapa tidak kenal dengan Erden Carl? Dia lebih mementingkan diri sendiri berbanding orang lain. Baginya, hidup orang lain tidak ada kena mengena dengan hidupnya.

Kalau beginilah perangai Carl setiap pagi, memang naiklah darah Cadee. Setiap pagi perlu dibebel dahulu baru mahu bangun.

"Pergi mandi cepat. Kejap lagi kita ada meeting." Meeting? Huh. Dengar perkataan meeting saja sudah lemah. Carl terus baring semula dari duduknya. Cadee yang melihat adiknya sudah terbaring itu mendengus kasar.

"ERDEN CARL!!!" Kali ini jeritan Cadee lebih kuat berbanding yang tadi. Sakit pula hatinya tatkala melihat anak kurang kasih sayang ini.

"Aku malaslah Erlan. Aku malas nak masuk office hari ni." Selamba saja dia cakap begitu di hadapan bos. Inilah salah satu sikap Erden Carl yang memalukan. Harap muka saja handsome,tetapi pemalas. Guna kereta mahal-mahal tetapi hasil usaha abangnya. Kalau ada perempuan yang mahukan Carl, sudah pasti perempuan itu dicairkan melalui kata-kata cintanya. Bila sudah kenal, pasti perempuan itu akan menyesal.

Cadee memandang adiknya dengan pandangan yang tajam. Suka hati dia aje masuk office ikut kemahuannya.

"Kau nak buat apa tak masuk office? Nak pergi healing?" Cadee menjeling adiknya. Sia-sia saja masanya terhabis untuk mengejut adiknya. Dasar adik yang menyusahkan.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now