34 || ERDEN'S ✧.*

5.2K 359 24
                                    

IRENE membuka pintu utama rumah agam itu sebelum dia melangkah ke halaman rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IRENE membuka pintu utama rumah agam itu sebelum dia melangkah ke halaman rumah. Baru saja dia mahu ke taman bunga yang berada di belakang rumah, matanya tertarik dengan susuk tubuh dua jejaka yang sedang berdiri di hadapan kolam ikan.

Irene dengan pantas mengatur langkahnya ke arah dua jejaka tersebut.

"Korang buat apa dekat sini?" Soal Irene yang tiba-tiba muncul di hadapan kolam ikan itu. Terkejut Stephen dan Eric tatkala ditegur tiba-tiba.

"Dari mana kau datang ni makhluk halus?" Soal Stephen yang masih lagi dalam keadaan terkejut itu.

Laju kepala Irene menoleh ke arah Stephen. Berkerut dahinya memandang Stephen yang sedang menenangkan diri.

"Kenapa you ni? Apa yang terkejut sangat?" Irene menggaru kepalanya sendiri. Muka dia ada nampak macam hantu ke? Kenapa terkejut sangat?

Irene menoleh ke arah Eric pula. Eric juga mengurut dadanya. Makin pelik Irene dibuatnya. Apa yang terkejut sangat sebenarnya?

"Korang berdua ni kenapa? Muka I ni ada nampak macam hantu ke?" Irene mengeluh. Dia tidak faham mengapa Stephen dan Eric terkejut sangat.

"Muka kau tu.. Kenapa kau pakai mask siang macam ni? Dengan rambut serabai macam hantu kak limah! Patutlah Carl tak pandang kau.." Eric menjeling sebelum mengeluh. Nasib baiklah siang, kalau malam? Rasanya mereka berdua dah pengsan.

"Apa?! Ini namanya jaga muka tahu? First step to win his heart!" Irene memeluk tubuhnya. Stephen dan Eric hanya mengangguk kepala. Faham.

"Eh kejap.. Korang buat apa dekat sini? Kenapa korang berdiri dekat kolam ni? Nak bersihkan ke?" Soal Irene lalu dia memandang wajah Eric dan Stephen.

"Oh nak bersihkan? Biar I tolong korang!"

Belum sempat Stephen dan Eric menjawab, Irene sudah melompat masuk ke dalam kolam ikan. Nasib baiklah air kolam itu bersih, kalau air kolam itu warna hijau?

Melopong mulut Stephen dan Eric melihat Irene yang selamba masuk ke dalam kolam itu. Mereka berpandangan sesama sendiri seakan tidak percaya. Antara Clara dengan Irene, Irene lagi gila!

Irene menangkap dua ekor ikan yang berada di dalam kolam itu. Kepalanya diangkat memandang wajah Eric.

"Eric! Tangkap ikan ni!" Jerit Irene sebelum dia membaling ikan itu ke arah Eric. Eric yang terkejut itu cepat-cepat menangkap ikan yang berada di udara itu. Ini kalau ikan tu mati, mahu mengamuk si Clara.

"Stephen! You pula!" Irene membaling lagi seekor ikan ke arah Stephen. Stephen sudah bersedia untuk menangkap ikan itu. Walaupun dia masih dalam keadaan terkejut, dia tetap perlu menangkap ikan itu. Kalau tidak, dia pasti akan dibebel Clara kerana ikan ini adalah kepunyaan Clara.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now