53 || ERDEN'S ✧.*

6.3K 547 84
                                    

PINTU utama rumah dibuka dari dalam oleh Irene

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU utama rumah dibuka dari dalam oleh Irene. Semalaman dia menunggu suaminya pulang, namun hampa. Sia-sia saja usahanya.

Matanya tidak lepas dari memandang Carl yang baru keluar dari perut kereta itu. Berkerut dahi Irene melihat keadaan Carl yang sedikit serabut itu.

Carl memandang sekilas saja isterinya yang sudah tercegat di depan pintu. Kasut dibuka sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Laju Irene memeluk lengan suaminya. Carl hanya diam. Matanya langsung tidak menoleh ke isteri.

Irene menahan tubuh suaminya dari bergerak. Dia meneliti wajah Carl lama. Matanya tertancap pada luka kecil yang ada pada dahi Carl.

"Dahi you.. Kenapa? Bergaduh?" Soal Irene lalu tangannya naik mahu menyentuh luka itu.

Laju tangan Carl menepis. Dia menjeling Irene tajam.

"Tak payah sentuh akulah." Ujarnya dalam nada yang tinggi. Terkejut Irene mendengar kata-kata suaminya itu.

"Kenapa dengan you ni? Balik-balik je terus nak tinggikan suara dengan I." Ucap Irene sebelum dia mengeluh. Baru berapa hari Carl berlembut dan bermanja dengannya, hari ini sudah berubah kepada dingin semula.

Carl hanya diam. Dia mahu bergerak ke biliknya kerana penat, namun pantas Irene menahan.

"You nak pergi mana? I tak habis cakap lagi dengan you." Irene menikam tajam anak mata Carl. Carl mengeluh perlahan. Sejujurnya, dia terlalu penat ketika ini. Dia langsung tiada mood mahu berhadapan dengan isterinya.

"Apa kau nak dari aku? Cakap." Perlahan saja Carl berkata namun riak wajahnya sungguh menakutkan. Dari awal dia pulang, dia langsung tidak menayangkan senyuman. Hanya muram dan dingin saja.

"I tanya you.. You ni kenapa? Apa salah I kali ni?" Soal Irene tidak puas hati. Sudahlah tinggal dia sendiri di rumah malam tadi. Pagi ini, dia terpaksa menghadap wajah suaminya yang beku itu.

"Kau ada buat salah ke dengan aku?" Carl masih statik di tempatnya memandang tajam wajah si isteri. Irene sudah gelisah. Tiap kali Carl membuka topik tentang salahnya, pasti dia akan rasa gelisah begini.

Lama Irene mendiam.

"Tak." Bohongnya buat kali yang ke sejuta. Selama mereka berdua berkahwin, tidak terkira pula berapa kali Irene menipu Carl.

Carl tergelak besar. Kali ini dia sudah tidak mampu mahu melihat isterinya berbohong.

"Kau ni tak rasa berdosa ke tipu suami sendiri?" Soal Carl sinis. Dia menjeling isterinya yang dari tadi tidak berganjak di hadapannya.

Berkerut dahi Irene mendengar. Dia melangkah satu tapak ke belakang menjauhkan sedikit dirinya dan Carl.

"Apa you cakap ni?"

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now