19 || ERDEN'S ✧.*

4.6K 276 32
                                    

BEG tangan yang berada di atas katil diambil sebelum dia melangkah keluar dari biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEG tangan yang berada di atas katil diambil sebelum dia melangkah keluar dari biliknya. Kaki melangkah turun ke aras satu. Susuk tubuh orang tuanya dicari sebelum dia keluar dari rumah.

Datin Asyfa memandang anaknya yang seakan tergesa-gesa itu. Figura anaknya didekati sebelum dia menarik anaknya perlahan.

"Esha? Esha nak pergi mana?" Soal Datin Asyfa pelik. Ayeshah tidak pernah keluar dari rumah seorang diri. Selalunya dia akan keluar bersama Carl. Namun itu hanyalah dulu.

"Esha nak keluar pergi farmasi sekejap.." Ucap Ayeshah sebelum dia melakar senyuman kecil di bibirnya. Berkerut dahi Datin Asyfa mendengar kata anaknya.

"Farmasi? Esha nak buat apa pergi farmasi?" Ayeshah tergelak kecil melihat wajah Bondanya yang sedikit terkejut itu. Tangan Datin Asyfa ditarik duduk di atas sofa.

"Esha nak pergi beli barang sikit. Bonda janganlah risau. Esha boleh keluar sendiri.." Ucap Ayeshah dalam nada yang rendah. Dia tidak mahu Datin Asyfa merisaukan dirinya.

"Bonda risaulah Esha.. Esha dah jarang keluar sorang-sorang. Biasanya Esha keluar dengan Carl.." Hilang senyuman Ayeshah apabila mendengar nama Carl yang keluar dari mulut Datin Asyfa.

"Bonda.. Itu dulu.. Sekarang anak Bonda ni tak ada siapa-siapa selain Bonda dan Papa. Esha dah tak ada Erden.." Ucapnya dalam nada rendah. Sejujurnya, dia sangat rindu pada Erden Carl. Dia cuba untuk kuatkan diri.

"Esha.. Cuba Esha percaya pada takdir. Siapa cakap Esha hilang Carl? Esha tak pernah hilang Carl. Cuma kamu berdua terpisah disebabkan keadaan memaksa.." Bahu Ayeshah diusap lembut. Ayeshah terpaksa melakar senyuman di bibirnya.

"Esha cuba untuk terima semuanya, Bonda. Nak tak nak, Esha kena kuat juga. Kalau tidak, sampai bila-bila Esha meroyan.." Ucapnya sebelum dia ketawa kecil. Dia sudah penat kehilangan orang yang dia sayang. Cukuplah dia sudah kehilangan Qash dan Carl.

"Bonda.. Esha pergi dulu ya? Bonda tolong bagitahu Papa sekali. Bonda jangan risau.. Esha keluar sekejap je. Nanti Esha balik.." Ujar Ayeshah sebelum dia mengucup tangan Datin Asyfa. Datin Asyfa hanya mengangguk sahaja.

"Jangan bawa kereta laju-laju. Dah siap beli barang nanti balik cepat-cepat. Jangan nak pergi tempat lain.." Pesan Datin Asyfa sedikit tegas. Perempuan ni bukannya boleh percaya, tahu-tahu dah sampai Watson karang.

"Iya Bonda.. Nanti Esha balik ya? Esha pergi dulu.. Assalamualaikum.." Kaki melangkah keluar dari rumah besar itu. Datin Asyfa hanya memandang saja pemergian anaknya itu. Keluhan dilepaskan. Berat hatinya mahu mengizinkan anaknya keluar.

 Berat hatinya mahu mengizinkan anaknya keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now