03 || ERDEN'S ✧.*

6.6K 325 13
                                    

KERETA dipandu laju menuju ke hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA dipandu laju menuju ke hospital. Hari ini merupakan hari kedua Ayeshah ditahan wad. Setelah dibebel oleh Cadee, Carl terpaksa gagahkan diri untuk ke hospital demi menjaga Ayeshah. Bukannya apa, ini adalah perjanjian mereka dengan Dato' Ahmad Idrus, mahu ataupun tidak, Carl tetap perlu menjaga Ayeshah.

Pintu wad dibuka perlahan-lahan. Carl memasukkan kepalanya sedikit untuk melihat Ayeshah. Dia tersenyum kecil tatkala melihat Ayeshah sedang leka membaca novel. Perlahan-lahan dia menapak ke Ayeshah yang sedang duduk di birai katil.

Ayeshah yang perasaan kedatangan Carl itu terus menutup novelnya lalu diletakkan di atas side table yang berada di tepi katilnya. Matanya memandang wajah Carl yang masam itu.

"Awak kenapa? Muka macam baru lepas cuci dengan asam je.." Ujar Ayeshah dalam nada yang rendah. Carl memutarkan bebola matanya. Nak perlilah tu..

"Kau dah makan ke belum ni?" Malas mahu melayan perlian Ayeshah, jadi Carl terpaksa menukar topik perbualan mereka.

Ayeshah mengangguk kepalanya. Matanya masih lagi menatap wajah Carl. Nak kata handsome, tidakpun.

"Apahal kau pandang aku macam tu? Aku handsome sangat ke hari ni? Semalam pun kau tengok aku macam nak telan.." Carl menggelengkan kepalanya. Apahallah perempuan suka sangat tenung wajahnya.

Ayeshah terus buat muka menyampah. Geli pun ada. "Saya suka confident awak, tapi janganlah melebih.."

Carl mencapai bantal yang berada di sofa yang diduduknya. Mahu saja dia baling bantal itu.

"Bantal ni kalau kena tepat muka kau, boleh senget tudung kau tahu tak?!" Dia meletakkan kembali bantal itu pada tempat asalnya.

"Awak ni garanglah.. Takut saya.." Ayeshah menghela nafasnya perlahan. Novelnya yang berada di side table itu diambil kembali. Malas mahu bercakap dengan mamat acah handsome ni, nanti kena marah lagi.

"Kalau macam tu jangan cari pasal, aku gigit kau karang.." Carl menjeling Ayeshah yang berada di atas katil. iPhone yang berada di dalam kocek seluarnya itu dikeluarkan. Malas mahu melayan Ayeshah, boleh gila dia jadinya.

Ayeshah menutup semula novelnya kembali. "Eh, nama awak siapa eh? Awak tak pernah bagitahu nama awak apa.."

Carl mengangkat wajahnya lalu dia memandang wajah Ayeshah. Kening kanannya diangkat. "Siapa suruh tak tanya.."

Ayeshah sudah pasrah. Rasa menyesal pula bila memulakan perbualan dengan mamat ni. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Kalau pandang Carl lama-lama, rasa berapi pula. Sakit hati!

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now