65 || ERDEN'S ✧.*

9.1K 530 97
                                    

MATA dibuka perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA dibuka perlahan-lahan. Kepalanya yang berdenyut itu membuatkan dia menutup matanya sekali lagi.

"Dah bangun?" Soal seorang jejaka berpakaian serba hitam dan bertopeng yang baru saja masuk ke bilik ini.

Irene membuka matanya memandang tepat pada jejaka itu. Berkerut dahinya memandang jejaka yang berada di hadapannya.

"Siapa kau?" Soal Irene hairan. Dia tidak pernah melihat jejaka ini. Bukan saja tidak pernah melihat, malah terserempak pun tidak pernah.

"Penting ke untuk kau tahu siapa aku?" Soal jejaka itu sinis. Dia berdiri betul-betul di hadapan Irene.

Irene cuba untuk bangkit dari baringnya. Namun belum sempat dia bangkit, tubuhnya ditolak kasar oleh jejaka itu.

"Sa—sakitlah!" Jerit Irene kuat. Perutnya dipegang. Dia risau akan kandungannya. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada anak dalam perutnya walaupun itu bukan anaknya dan Carl.

"Sakit? Sakit lagi hati aku tengok kau bahagia." Ucap jejaka bertopeng itu.

Irene yang sudah terbaring itu terus mengerutkan dahinya. Dia tidak faham dengan apa yang jejaka ini cuba sampaikan.

"Apa maksud kau ni? Gila?!"

Terletus tawa besar jejaka itu.

"Gila? Aku gila? Kau patut cakap dengan cermin. Kau atau aku yang gila?"

Irene sudah bingung. Dia tidak faham dengan keadaan ketika ini. Apa salahnya sampai dikurung dalam rumah usang begini?

"Bukan... Aku silap.. Kita samalah Irene. Kita berdua sama-sama gila.." Sekali lagi tawa besar terletus.

Irene sudah terdiam. Apa yang dia lakukan sehingga dia mendapat balasan yang amat dahsyat begini?

"A—Aku tak faham. Kau yang gila! Aku tak gila!" Irene meninggikan suaranya. Dia tiada melakukan apa-apa kesalahan. Jadi mengapa dia diuji begini?

"Diamlah Irene! Kau tu perempuan tak guna! Kau cuma tahu puaskan hati kau je. Hati orang? Ada kau kisah?"

Jejaka itu perlahan-lahan mendekati Irene. Irene cuma gelisah. Dia tiada ruang untuk mengelak.

"Ja—Jangan dekat!"

Kepala Irene dihentak ke dinding.

"ARGHHHH!!"

Darah mula mengalir membasahi wajah cantik Irene. Apa salah yang dia lakukan terhadap jejaka itu sehingga jejaka itu berani berkasar dengannya?

"Kau ingat kau boleh bahagia ke perempuan murah?!" Jejaka itu menampar kuat pipi Irene sehingga mengakibatkan Irene terteleng ke kanan.

"A—Apa salah aku?" Soal Irene bersama air matanya sudah mengalir deras. Dia tidak tahu dimana silapnya sehingga dia dihukum begini.

"Salah kau? Terlalu banyak sampai aku sendiri tak boleh senaraikan. Kau fikirlah sendiri dekat mana silap kau." Pipi Irene ditampar sekali lagi namun lebih kuat berbanding tadi.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now