20 || ERDEN'S ✧.*

5.8K 286 22
                                    

IRENE melangkah menuruni anak tangga rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IRENE melangkah menuruni anak tangga rumahnya. Alysse yang sedang memasak itu memandang ke arah Irene pelik. Rasanya ini masih di awal pagi. Kemana pula si Irene ni mahu pergi?

"Mel!!" Jerit Alysse sedikit kuat. Dia segera berlari mendapatkan sahabatnya yang sedang tergesa-gesa itu.

Irene mematikan langkahnya sebelum dia menoleh ke arah Alysse yang baru saja keluar dari ruang dapur itu.

"Kau nak pergi mana pagi-pagi? Aku belum siap masak lagi.." Ujarnya sebelum dia menyentuh perlahan lengan Irene. Irene hanya tersenyum kecil mendengar.

"Aku nak keluar. Kau masak banyak ke?" Soal Irene. Perlahan-lahan Alysse mengangguk kepalanya. Tidaklah banyak, cuma cukup untuk empat orang makan.

"Aku minta maaf, Alysse. Aku nak kena keluar sekarang juga. Nanti aku suruh Raf dengan Rif datang sini teman kau makan okay?" Ucap Irene lalu dia mengusap lembut kepala Alysse.

Alysse mengeluh perlahan sebelum dia mengangguk. Dia memberi satu senyuman kecil kepada Irene.

"Take care." Ujar Alysse sebelum dia kembali masuk ke ruangan dapur. Irene hanya memandang saja figura Alysse yang melangkah pergi itu.

Keluhan dilepaskan perlahan. Irene tetap meneruskan langkahnya menuju ke kereta Honda Civic miliknya.

MATA memandang tepat pada bangunan megah Earlane's Holding. Pintu kereta ditutup sebelum dia berjalan ke arah bangunan yang megah itu.

Rambut dikemaskan sebelum dia melangkah masuk ke Earlane's Holding. Pengawal keselamatan yang berada di harapan Earlane's itu memegang lengan Earlane's dengan kuat.

"Cik nak jumpa siapa? Boleh tunjuk kami EC Card?" Soal jejaka itu. Irene menatap tajam anak mata jejaka itu sebelum dia menjeling.

Setiap orang yang mahu memasuki Earlane's Holding sepatutnya memilik sekeping kad yang berwarna hitam. Kad itu akan disahkan oleh alat pengesahan sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam bangunan Earlane's.

"I nak jumpa Carl." Ucap Irene sebelum dia menarik semula lengannya yang dipegang kuat oleh jejaka itu.

"Maaf Cik. Cik sepatutnya ada EC Card untuk masuk ke dalam bangunan ni." Ujar seorang lagi lelaki. Irene sudah mengeluh. Dia tidak tahu pula seketat ini keselamatan di Earlane's Holding.

"You ni pekak ke? I cakap I nak jumpa Carl kan? Apa yang you tak faham sekarang ni?" Irene meninggikan suaranya sedikit. Semua staff yang berada di situ memandang Irene pelik.

Clara yang memandang pertengkaran antara dua jejaka dan seorang perempuan itu hanya tergelak kecil. Dia terus keluar dari kereta dan menghampiri bangunan itu.

EC Card dikeluarkan dari beg tangannya. Kad itu diletakkan di atas alat pengesahan.

"ZENIA, 001."

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now