39 || ERDEN'S ✧.*

5.1K 361 52
                                    

MALAM yang sunyi sepi itu membuatkan Carl teringat akan tragedi petang tadi sewaktu dia berada di rumah Cadee

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM yang sunyi sepi itu membuatkan Carl teringat akan tragedi petang tadi sewaktu dia berada di rumah Cadee. Bila teringat, hatinya bagai diguris. Sakit.

Dia memandang langit gelap itu lama. Matanya beralih pada bintang-bintang yang berkelip di langit itu.

"Kalau kau rindu aku, kau tengoklah bintang-bintang yang ada dekat langit tu.."

"Bila kau rindu aku, kau akan tengok bintang.. Dan bila aku rindu kau, aku akan tengok bintang.. Kita sama-sama tengok bintang.."

"Bintang tahu kau tengah rindukan aku, dan bintang pun tahu aku tengah rindukan kau.. Jadi, dialah saksi kita.. Walaupun aku dah tinggalkan kau, kau boleh jumpa aku melalui bintang.. Kalau bintang tu berkelip, maksudnya aku pun rindukan kau.."

Ayat itu berlegar-legar di ingatannya. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Sedaya upaya dia menahan air matanya dari jatuh.

"Sepatutnya kita tengok bintang sama-sama.. Tapi kenapa sekarang aku tengok bintang sorang-sorang?" Gumam Carl sendiri. Dia rindu dengan Ayeshah. Namun rindunya terhalang kerana dia sudah ada tanggungjawab lain.

"Carl?"

Carl terus memalingkan wajahnya ke belakang. Dia tersenyum kecil melihat isterinya yang berdiri tegak di belakangnya. Kepala dipusing kembali menghadap langit.

"Kenapa tak tidur lagi?" Soal Irene lalu dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kosong di sebelah Carl.

"Tak boleh tidur."

Irene mengangguk kepalanya. Dia juga tidak boleh tidur. "Kenapa ni? You ada masalah ke?"

Carl terus menoleh ke arah isterinya. Kalaulah dia boleh meluahkan segala rasanya sekarang, pasti dia akan luah.

"Kenapa? Apa yang tak kena? Bagitahu I.." Irene menatap lama wajah suaminya. Dari riak wajah Carl, dia pasti Carl ada masalah. Namun keputusan di tangan Carl, dia mahu luah ataupun tidak, itu haknya.

Carl masih diam. Matanya setia merenung wajah si isterinya. Mulutnya seakan terkunci. Dia mahu luahkan, cuma dia juga mahu menjaga perasaan isterinya.

"Kalau you nak luah, luahlah.. I boleh jadi pendengar you.." Irene tersenyum kecil. Carl terus mengalihkan pandangannya dan terus menundukkan wajahnya.

"Tak naklah.. Aku malas nak sakitkan hati sesiapa.." Ucap Carl lalu dia mengangkat kembali wajahnya memandang langit. Dia tidak mampu untuk luahkan perasaannya, cukuplah dia menatap langit.

"Apa you cakap ni? Tak ada sesiapa yang sakit hati sekarang ni.." Irene menggeleng kepalanya. Dia tidak faham apa maksud Carl.

Carl menoleh sekali lagi ke arah isterinya. Sebersalah dia mahu meluahkan. Dia risau jika dia tersebut nama Ayeshah di hadapan isterinya.

"Kenapa orang selalu pertikaikan apa yang aku buat? Kenapa semua benda yang aku buat mesti tak kena dekat mata orang?" Ujar Carl sebelum dia mengeluh perlahan.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now