47 || ERDEN'S ✧.*

5.7K 430 159
                                    

KAKI dihayunkan masuk ke dalam bilik kerjanya yang berada di Earlane's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKI dihayunkan masuk ke dalam bilik kerjanya yang berada di Earlane's. Fail dicapai sebelum dia melangkah keluar dari biliknya itu.

Kaki diatur melangkah mahu ke bilik Daren. Namun matanya terpandang bilik adiknya yang sudah lama terbiar kosong tidak berpenghuni.

Pintu bilik Carl dibuka sebelum dia meloloskan diri. Matanya tertarik dengan satu sampul surat berwarna putih yang terletak elok di atas meja.

Tangan Cadee menarik kerusi lalu dia mengambil sampul surat itu. Berkerut dahinya tatkala tiada nama yang tertulis di atas sampul itu. Tanpa menunggu, dia membuka sampul itu dan mengeluarkan isi-isi yang berada di dalam sampul.

Satu persatu gambar itu diletakkan atas meja. Matanya sedaya upaya cuba memahami tentang gambar itu.

Mata Cadee menangkap nombor plate kereta yang terjunam masuk ke dalam gaung. Melopong mulutnya tatkala dia masih mengenali nombor plate kereta bekas kekasih adiknya, Ayeshah Azzahra.

Sekali lagi Cadee cuba menghadam isi gambar itu. Ada satu susuk tubuh perempuan yang serba hitam di tepi kereta Ayeshah bersama sebotol minyak di tangannya.

Gambar terakhir dipegang. Jelas riak wajah Irene yang terpampang di gambar itu. Cadee terus jatuhkan gambar itu lalu dia melabuhkan duduknya di atas kerusi. Dia masih terkejut. Dia tidak percaya.

"Irene...Irene bunuh Ayeshah?" Soalnya sendiri dengan nada yang tidak percaya. Dia kembali melihat gambar itu. Rasa sakit hati terhadap Irene semakin membuak-buak. Ini baru dia yang lihat, kalau Carl? Apalah perasaan Carl kalau dia tahu isterinya sendiri bunuh Ayeshah.

"Kau bunuh Ayeshah? Sebab kau nak dapatkan Carl?" Cadee tergelak sinis sebelum dia menggeleng. Dia tidak sangka otak Irene secetek itu. Sanggup membunuh kaumnya sendiri demi lelaki yang tiada apa-apa.

"Kau bunuh orang yang tak bersalah, Irene.. Kalau kau tak bunuh dia pun.. Dia tak akan bersama Carl.."

Cadee menongkat dagunya. Pening. Lepas satu masalah selesai, satu lagi masalah timbul. Mengapa hidup adiknya penuh dengan masalah? Tidak putus-putus Tuhan turunkan ujian untuknya.

Cadee menyimpan gambar itu kembali di dalam sampul surat lalu dia terus bangkit dari duduknya. Kakinya melangkah menuju ke bilik Daren. Dia tahu Daren mengetahui segalanya.

DAREN yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya itu tersentak tatkala pintu biliknya ditolak kasar oleh seseorang. Laju dia mengangkat kepala memandang siapa yang selamba membuka pintu biliknya tanpa adab.

Baru dia mahu mengeluarkan kata-kata kesat, terus terkunci mulutnya apabila melihat susuk tubuh Cadee menghampirinya.

Cadee meletak sampuk surat berwarna putih itu tepat di hadapan Daren. Pandangan Daren terus jatuh ke arah sampul itu. Kemudian, dia mengangkat semula wajahnya yang berkerut itu memandang Cadee hairan.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now