17 || ERDEN'S ✧.*

5K 282 11
                                    

CADEE membuka pintu bilik adiknya setelah diketuk berkali-kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CADEE membuka pintu bilik adiknya setelah diketuk berkali-kali. Dia berjalan masuk ke bilik Carl. Katil dituju.

Berkerut dahi Cadee tatkala melihat adiknya tiada di atas katil. Matanya melilau mencari kelibat Carl di seluruh bilik. Pintu bilik air dibuka, namun hampa, tiada sesiapa pun di bilik air.

Cadee berjalan ke arah balkoni. Melopong mulutnya melihat Carl tidur di balkoni tanpa beralaskan apa-apa.

Tubuh adiknya didekati. Pantas tangan memukul tubuh Carl perlahan.

"Carl? Bangun.." Ucapnya bersama tangan yang memukul Carl perlahan. Masih sama, tiada respon diberi.

"Erden Carl! Bangunlah.. Kenapa tidur dekat sini?" Cadee menggoyangkan tubuh Carl berkali-kali.

Pipi Carl ditampar perlahan. Mata Carl turut terbuka. Wajah abangnya dipandang sekilas.

"Kenapa kau tidur dekat sini? Kenapa tak tidur dalam bilik?" Soal Cadee risau. Katil punyalah besar, dekat balkoni juga dia nak tidur.

"Aku nak dekat dengan Zahra.." Ucap Carl perlahan bersama mata yang tertutup rapat.

Berkerut dahi Cadee mendengar. Cadee memandang ke kiri dan ke kanan. Mana ada sesiapa.

"Dekat dengan Zahra? Kau gila ke?! Mana ada sesiapa dekat tingkat tiga ni!" Cadee menggeleng kepalanya. Adiknya sudah tidak waras ke?

Carl membuka matanya sebelum dia menjeling abangnya.

"Bintang.. Zahra tu bintang. Bintang yang selalu menyinari hidup aku.." Carl tersenyum kecil. Dia.. rindu Ayeshah.

Cadee mengangkat kening sebelahnya. Dia samakan Ayeshah dengan bintang?

"Kalau ya pun rindu dengan dia, tidurlah dekat dalam bilik. Janganlah buat kerja gila tidur dekat luar ni.." Cadee menghela nafasnya. Adiknya ni ada masalah apa? Sekejap okay, sekejap tidak.

"Kau boleh diam tak, Erlan? Bising je.." Carl memutarkan bebola matanya. Dia memandang langit yang sudah terang itu. Tiada lagi bintang yang kelihatan.

"Bangun, Erden Carl.. Pergi mandi.. Nanti turun makan." Cadee memandang saja adiknya yang diam itu.

"Erden Carl, kau dengar tak ni?" Puas Cadee membebel, namun Carl hanya diam sahaja. Mahu saja Cadee menampar wajah adiknya itu.

"Kau nak apa lagi? Kau nak keluar, keluar je lah! Tak payahlah nak paksa-paksa aku.." Carl menjeling abangnya sebelum dia meloloskan diri ke dalam bilik air.

"Kau kenapa ni, Carl? Apa dah jadi? Kenapa kau tiba-tiba macam ni?" Jerkah Cadee. Pintu bilik air diketuk oleh Cadee.

"Tak ada apalah! Kau bla je boleh tak? Serabut kepala otak aku ni.." Jerit Carl dari dalam bilik air. Dia memandang wajahnya di hadapan cermin. Pucat..

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now