38 || ERDEN'S ✧.*

5K 328 48
                                    

TOMBOL pintu bilik Irene dipulas oleh Carl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TOMBOL pintu bilik Irene dipulas oleh Carl. Laju kakinya menapak masuk bersama tangannya membawa dulang yang berisi bubur dan air suam. Dulang itu diletakkan di atas meja kecil yang berada di sisi katil.

Carl meletakkan tapak tangannya pada dahi Irene. Berkerut dahinya apabila dahi isterinya tidak panas. Namun keadaan Irene agak teruk. Sudah berkali-kali dia muntah.

Carl terpaksa mengambil cuti untuk menjaga Irene yang tidak berapa sihat itu. Dia memandang saja isterinya yang lemah terbaring di atas katil.

"Kita pergi hospital jom? Aku tengok kau ni macam teruk sangat je. Badan kau tak panas pun." Carl menyentuh seluruh tubuh Irene. Benar, memang tidak rasa panas langsung.

"Tak naklah. I okay je. Cuma pening kepala sikit. Kejap lagi eloklah ni.." Irene mengelak daripada Carl membawanya ke hospital. Sudah tentu jika Carl membawanya ke hospital, rahsia yang dia simpan selama ini akan kantoi. Sudah seminggu dia menyimpan rahsia ini.

"Okay? Ini kau cakap okay? Kalau okay tak adalah kau terbaring macam ni." Carl mengeluh. Mengapalah dia dapat isteri yang degil seperti Irene?

Irene menggagahkan juga dirinya untuk bangkit dari baringnya. Dia menyandarkan badannya pada kepala katil.

"See? I okay je kan? Bukannya sakit teruk sangat pun." Irene menggeleng. Masuk kali ini, sudah tiga kali Carl mengajaknya ke hospital. Namun jawapannya masih sama, tak mahu.

"Kau tak payah nak belakon depan aku. Kau ingat aku buta tak nampak muka kau yang macam mayat hidup tu?" Carl menjeling. Dia mencapai mangkuk yang berisi bubur itu.

"Buka mulut. Makanlah bubur ni. Penat aku masak.." Carl menghalakan sudu ke arah mulut isterinya. Irene terpaksa membuka mulutnya dan menelan bubur yang dimasak oleh Carl. Kalau diikutkan, dia tidak berselera. Namun demi suaminya, dia tetap makan.

Rasa mual mulai hadir. Irene menghiraukan saja mual itu dan terus menelan bubur nasi. Pelik Carl melihat wajah isterinya yang berkerut itu.

"Kau kenapa? Nah. Makan lagi. Kau tak makan dari pagi tadi." Carl menghalakan sudunya sekali lagi ke arah Irene. Namun pantas Irene menggeleng kepalanya. Dia menepis sudu itu sebelum dia berlari ke arah bilil air.

Carl turut mengejar isterinya itu. Belakang badan isterinya diusap perlahan. Loya tekaknya apabila melihat isterinya termuntah.

"Apa kena dengan kau ni, Irene? Tiba-tiba je muntah. Kau ada salah makan ke?" Carl mengeluh. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja isterinya sakit.

Irene menggeleng. Dia masih lagi mahu muntah. Loya tekaknya. Kepalanya sudah kembali pening.

Carl mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak mahu melihat isterinya. Risau pula dia turut muntah nanti.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now