61 || ERDEN'S ✧.*

7.5K 487 72
                                    

TANGAN mengambil makanan ringan untuk mengalas perutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN mengambil makanan ringan untuk mengalas perutnya. Baru saja dia mahu melangkah ke kaunter, langkahnya terhenti tatkala melihat satu susuk tubuh yang cukup dikenali.

Dia melakar senyuman kecil. Jejaka itu perlahan mengatur langkahnya mendekati Irene.

"Kau makan tu je ke?" Soal Adriel apabila melihat makanan yang berada di tangan Irene.

Irene mengangguk. Itu saja yang dia mahu. Nak makan makanan berat, tiada selera.

"Macam mana anak kau nak sihat kalau kau makan benda tu je?" Soal Adriel lalu mengambil tiga aiskrim coklat.

Makanan di tangan Irene itu dirampas. Tersentak Irene dibuatnya.

"Eh? Kenapa you ambil makanan I?" Terkejut dia tatkala tiba-tiba Adriel merampas makanannya. Kalau nak juga, ambillah yang lain. Janganla ambil dia punya.

"Biar aku bayarkan. Hari ni hari jumaat. Buat amal sikit." Ucap Adriel selamba. Dia terus berjalan ke kaunter untuk meneruskan bayaran.

Seusai membayar, mereka berdua keluar bersama dari kedai itu.

Sejujurnya, mereka tiada hala tuju ketika ini.

"Nak pergi mana ni?" Soal Irene sebelum dia melepaskan keluhan kecil. Bukan apa, dia cuma bosan duduk di sini. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia memilih Korea untuk melarikan diri.

"Pergi taman je lah." Ujar Adriel dan terus mula melangkah meninggalkan Irene sendiri. Terkedek-kedek Irene berjalan mahu mengejar Adriel. Malas mahu berlari, kesian anak dalam perutnya bergoncang nanti.

Plastik makanan itu dibuka oleh Adriel lalu dihulurkan kepada Irene. Irene senyun tipis sebelum dia mengambil huluran Adriel itu.

"Thank you." Ucap Irene perlahan.

Habis saja makanan itu, Irene terus menoleh ke arah Adriel. Tergamam dia apabila melihat Adriel menatap wajahnya.

"Kenapa you pandang I macam tu?" Soalnya hairan. Ada apa-apa yang tak kena ke pada wajahnya?

"Kau tak pelik ke?"

Irene mengerutkan dahinya. Nak pelik apa?

"Kenapa pula?"

Adriel mengeluh.

"Kita selalu sangat terserempak. Kadang aku tak faham kenapa mana-mana aku pergi, mesti ada kau."

Tergelak Irene mendengar itu. Sebab itu aje?

"Jodoh agaknya." Selamba Irene berkata seolah dirinya ketika ini adalah anak dara, bukannya isteri orang.

"Kau ni hilang ingatan ke? Kau tu isteri orang. Apa pula jodoh kau dengan aku?" Adriel menggeleng. Ada-ada sajalah si Irene ni.

"I gurau je. Itu pun nak marah. Garang juga you ni kan?" Lama Irene memandang wajah Adriel.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now