24 || ERDEN'S ✧.*

5K 284 30
                                    

CADEE memerhati Irene yang sedang gembira menonton movie di ruang tamu rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CADEE memerhati Irene yang sedang gembira menonton movie di ruang tamu rumahnya. Mengingatkan kembali wajah Clara yang penuh dengan luka dan lebam itu, semakin kuat rasa bencinya terhadap perempuan yang bernama Irene Melissa.

Dia menghampiri Irene yang berada di ruang tamu itu. Sofa berhadapan dengan Irene itu diduduk. Irene terus bangun dari baringnya apabila dia melihat Cadee duduk di hadapannya.

"Cadee? Tak pergi kerja ke?" Soal Irene. Cadee hanya menggeleng kepalanya tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Irene mengangguk faham. Dia memasukkan snek ke dalam mulutnya dan kembali menonton movie yang terpapar pada television itu.

"Aku nak tanya boleh?"

Berkerut dahi Irene mendengar. Dia terus memandang wajah Cadee dengan serius.

"Tanya? You nak tanya apa? Ada apa-apa yang penting ke?" Irene membetulkan duduknya sebelum dia menghadap wajah Cadee.

"Kau tak kerja ke? Selama ni mana kau dapat duit?" Soalan Cadee itu membuatkan Irene terdiam. Dia menggaru belakang lehernya.

"I... I kena buang kerja." Selamba Irene menjawab. Selama ini dia tidak bekerja. Setiap bulan Ian dan Ivan akan memberinya duit. Namun kini sudah tidak lagi. Dia sudah sepenuhnya di bawah tanggungjawab Erden Carl.

Cadee tersenyum sinis sebelum dia mengangguk. Bukannya dia tidak tahu Irene selama ini tidak bekerja. Bukannya susah mahu mencari maklumat tentang Irene Melissa ini.

"Kenapa you tak pergi kerja? You cuti ke hari ni?"

Cadee menggeleng. "Aku masuk kerja lambat hari ni."

Irene mengangguk faham. Dia sedikit berasa tidak selesa apabila Cadee tidak habis-habis menatap wajahnya. Irene mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Cadee.."

Cadee mengangkat kening kanannya. Wajah Irene ditatap penuh dendam. Sakit hatinya apabila teringat akan wajah isterinya yang lebam disebabkan oleh kelakuan Irene Melissa.

"I nak tanyalah.." Irene meletakkan snek yang berada di tangannya itu. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Siapa perempuan yang selalu ada dengan kawan-kawan you tu?"

Soalan Irene itu membuatkan Cadee tersenyum sinis. Dia berdehem kecil sebelum menjawab soalan Irene.

"Kenapa? Kau ada jumpa dia ke?" Sengaja Cadee memutarkan belitkan cerita. Clara tidak benarkan sesiapa memberitahu Irene tentang dirinya. Jadi mereka terpaksa akur dengan permintaan big bos.

Irene mengeluh. "I tak sukalah dengan dia tu. Mana-mana I pergi mesti dia ada. Dia tu ada kuasa ke apa? Dia tahu je dekat mana I ada."

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now