58 || ERDEN'S ✧.*

7K 513 74
                                    

"BUDAK ni tak masuk office lagi ke? Lama betul healing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BUDAK ni tak masuk office lagi ke? Lama betul healing.." Xylon menggeleng kepalanya apabila melihat bilik Carl masih kosong. Mentang-mentang syarikat dia sendiri, seronok ya cuti lama.

Tangan menolak pintu bilik Cadee perlahan. Dia senyum kecil melihat Cadee yang sedang berbual dengan Clara melalui telefon.

Cadee menoleh ke arah Xylon sebelum dia menghentikan panggilannya bersama si isteri.

"Annyeonghaseyo." Ucap Xylon sambil menundukkan sedikit badannya.

Berkerut dahi Cadee melihat Xylon yang tiba-tiba bercakap bahasa Korea.

"Demam apa kau ni tiba-tiba cakap Korea?" Cadee menggeleng. Kalau bahasa Itali tu boleh terimalah, ini bahasa Korea?

"Aku tengok kdrama semalam. Tiba-tiba rasa nak cari awek korea pula." Kerusi di hadapan meja Cadee ditarik lalu dia melabuhkan duduknya.

"Macamlah awek korea tu nak kau. Muka memanglah handsome, tapi kedekut. Beku pula tu. Asyik nak marah je." Bebel Cadee. Ada ke perempuan Korea nak Xylon?

"Pergh cakap macam aku ni tak laku. Kau cakap besar pun kahwin dengan orang Melayu." Xylon menjeling. Ingat tak ada orang nak dia ke?

"Diamlah."

Koyak ke bang?

"Cadee.." Panggil Xylon perlahan.

"Hm." Balas Cadee malas. Orang nak buat kerja, sibuk je menyemak dekat sini.

"Carl mana?" Soal Xylon hairan. Hampir dua minggu sudah Carl tidak masuk office. Tahulah pangkat tinggi. Tunggu gaji masuk je.

"Tak masuk office lagi." Jawab Cadee sambil fokus terhadap kerjanya.

"Berapa lama mamat tu nak cuti? Dia yang halau Irene, dia pula yang healing." Xylon merengus kasar. Sendiri halau, sendiri galau.

"Biarlah dia. Dia tu yang tak bijak sebenarnya. Halau bini tapi hati tak sanggup. Macamlah aku tak tahu yang dia dah sayang Irene. Ego tinggi mamat tu." Cadee cukup kenal dengan adik bongsunya. Selepas saja dia menghalau Irene, Carl terus berkurung di rumah.

"Macam tu sayang bini? Kalau sayang, kenapa nak halau? Kesian perempuan tu mengandung lepas tu kena halau dengan suami sendiri." Xylon mengeluh. Sampai sekarang mereka tidak tahu dimana Irene berada kerana Cadee tidak mengizinkan mereka menjejaki lokasi Irene.

Cadee merenung wajah Xylon tajam. Cakap buruk pasal Carl depan abang dia? Berani eh?

"Aku abang dia. Aku tahulah adik aku macam mana. Dia tu sayang Irene cuma dia tak boleh terima Irene tipu dia selama ni. Kau ingat salah Irene tu kecil ke?" Cadee menjeling. Tapi sejujurnya, Carl memang bodoh.

"Oh kau abang dia? Kalau abang, kenapa tak nasihat dia? Irene tu perempuan. Seksi pula tu. Lelaki ni tak kisah pun perempuan tu isteri orang ke apa, tahu-tahu ajak check in je." Bebel Xylon kembali. Sudah hampir dua minggu Irene berjauhan dengan Carl. Berapa lama nak bergaduh?

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now