07 || ERDEN'S ✧.*

5K 255 5
                                    

KELUHAN dilepaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELUHAN dilepaskan. Matanya masih terkelip-kelip memandang siling bilik. Jam yang terlekat di dinding biliknya itu dipandang sekilas.

Jam 2 pagi. Matanya masih degil. Carl sudah buntu mencari jalan supaya matanya terlelap. Namun percubaannya tidak berhasil. Dia sendiri tidak tahu mengapa matanya sungguh degil pada malam ini.

Telefon bimbitnya yang berada disisi dipandang lama. Dia tersenyum senget tatkala baru teringat akan nombor telefon Ayeshah yang dicuri hari lalu.

Telefon bimbitnya dicapai. Lantas tangannya mencari ikon kenalan. Nombor Ayeshah didail.

Ayeshah yang sedang tidur lena itu tersentak tatkala telefonnya berbunyi dengan kuat. Silapnya juga kerana tidak perlahankan volume terlebih dahulu.

Dalam keadaan mamai, Ayeshah hanya menekan saja butang hijau tanpa melihat siapa yang menelefonnya pada jam 2 pagi begini.

"Ya? Siapa ni? Esha tengah tidurlah.." Ucap Ayeshah bersama matanya yang masih bertutup.

Carl yang mendengar itu terus terdiam. Suara Ayeshah sangat lain daripada selalu. Suaranya yang serak-serak basah itu membuatkan Carl terkaku seperti batu. Jarang sekali dia mendengar suara Ayeshah begitu.

"Aku ganggu kau tidur ke?" Soal Carl bersama nada yang perlahan. Risau pula Ayeshah terkejut.

Terbeliak biji mata Ayeshah tatkala mendengar suara daripada telefonnya. Dia menjauhkan telefon dari telinga seraya melihat nama yang dipapar pada skrin telefon.

'Bakal masa depan'

Berkerut dahi Ayeshah melihatnya. Telefon didekatkan semula pada telinga.

"Siapa ni? Kenapa call saya malam-malam buta macam ni?" Nada masih dikawal. Tidak manis pula kalau perempuan marah-marah.

"Apa nama contact aku?" Sengaja Carl menyoal.

"Bakal masa depan.." Jawab Ayeshah malas. Mata dipejamkan semula.

"Hah tahu pun. Habis tu kenapa tanya?" Carl mengangkat sebelah keningnya. Walaupun tiada orang nampak, apa dia kisah?

Ayeshah mengeluh. Kenapalah dia call waktu orang tengah sedap tidur?

"Betul-betullah. Saya tak ada masa nak layan orang gila sekarang ni!" Ayeshah meninggikan sedikit nadanya.

"Erden Carl. Bakal suami kau. Faham, Honey Bear?" Lembut saja nada Carl mengatur ayatnya.

Ayeshah terdiam. Mulutnya seakan terkunci rapat. Apa yang dia dengar tadi? 

"A-apa awak cakap ni?"

Carl tersenyum manis. Dia tahu Ayeshah pasti terkaku mendengarnya.

"Aku. Bakal. Suami. Kau." Selamba Carl berkata.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now