13 || ERDEN'S ✧.*

4.7K 277 7
                                    

PINTU kereta Audi R8 milik Carl ditutup kasar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU kereta Audi R8 milik Carl ditutup kasar. Carl memandang Daren yang sudah menunggunya di hadapan markas. Dia berjalan mendekati Daren bersama wajah yang tiada senyuman.

Daren menghulur kunci pada Carl. Carl mengambil kunci itu sebelum dia melakar senyuman kecil. Daren mengangguk.

Bahu Carl dipukul perlahan. Wajah Carl ditenung. Dia tahu wajah ini akan menyiksa perempuan itu.

"Aku dah buat apa yang kau nak. Dia ada dekat bilik hujung bawah tanah." Ujar Daren tegas. Ketika Cadee beritahunya tentang ini, dia terus jejaki Irene dengan bantuan Leron. Terpaksalah dia jadi jahat sikit mencuri perempuan.

Carl mengangguk. Dia tahu setiap permintaannya pasti akan ditunaikan oleh abangnya.

"Kau nak buat apa dengan perempuan tu?" Soalan Daren itu membuatkan Carl tersenyum sinis. Banyak rancangan jahat di kepalanya. Cuma tunggu masa saja.

"Tengoklah apa yang sesuai dengan perempuan tu." Carl tergelak kecil. Daren sudah menggeleng kepalanya. Dia tahu Carl sangat benci dengan perempuan yang bernama Irene Melissa.

"Jangan nak bunuh pula perempuan tu. Belum sampai masa lagi. Jangan nak buat benda yang bukan-bukan.." Daren memandang wajah Carl yang sinis itu. Langsung tiada senyuman manis pada wajah tampan jejaka itu. Kali terakhir Daren melihat Carl tersenyum adalah sewaktu Carl melihat Ayeshah memakai pakaian nikah mereka. Namun semuanya telah musnah.

"Kalau itu yang sesuai dengan dia, apa salahnya? Aku pun dah lama tak bau darah orang." Carl menepuk bahu Daren perlahan. Daren hanya memandang saja wajah Carl. Dia tak tahu apa yang ada di fikirannya Carl ketika ini.

"Jangan nak mengada, Erden Carl. Mati kau nanti kalau Cadee tahu." Daren mengeluh. Susah kalau bercakap dengan Erden Carl yang tak faham bahasa.

"Sebelum aku mati, aku nak dia mati dekat tangan aku dulu." Ujar Carl dalam nada serius. Daren menoleh sekilas ke arah Carl. Dia tahu Carl sedang serius. Dia tahu Carl tidak akan bermain dengan kata-katanya.

"Apa yang kau dendam sangat dengan perempuan tu?" Soal Daren hairan. Memang tak ada cara lain ke untuk siksa perempuan itu selain membunuh?

"Dia hancurkan hari bahagia aku, Daren. Kalau kau dekat tempat aku, apa kau rasa? Lagi-lagi benda yang perempuan tu sebarkan berita palsu! Kau ingat aku boleh telan ke semua perempuan tak guna tu buat?"

Daren terdiam. Dia tak tahu pula Carl akan menyiksa perempuan itu seteruk ini. Dia fikir Carl hanya mahu mengurung perempuan itu saja.

"Kau memang nampak aku okay, Daren. Ayeshah? Kau tahu apa dia hadap sekarang? Aku janji dengan diri aku yang aku akan balas semuanya demi Ayeshah."

"Jangan buat hal, Carl. Dia perempuan." Pesanan Daren dihiraukan. Dia menghadiahkan senyuman sinis.

"Ayeshah pun perempuan. Perempuan jenis apa dia tu hancurkan hidup kaum sendiri? Dia tu layak duduk bawah kaki aku je. Tak layak untuk aku sanjung martabat dia tinggi-tinggi." Ucap Carl dalam nada penuh dendam.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now