42 || ERDEN'S ✧.*

6.2K 415 30
                                    

TANGAN menekan laju papan kekunci bersama wajah yang serius menatap skin komputer riba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN menekan laju papan kekunci bersama wajah yang serius menatap skin komputer riba. Hari sudah gelap, namun dia masih berada di balkoni biliknya menyiapkan sisa kerja yang masih belum diselesaikan.

Irene menolak perlahan pintu bilik Carl bersama dulang di tangan. Dia berdiri tegak di sisi Carl yang masih fokus pada komputernya.

Carl menoleh sekilas ke arah isterinya sebelum dia kembali memandang komputernya. Dia tiada masa mahu bergaduh. Baik dia siapkan kerjanya dan terus tidur.

"Carl.. Makanlah sikit. Dari siang tadi you duduk dalam bilik.." Ujar Irene yang masih memegang dulang berisi nasi ayam dan fresh orange itu.

Carl hanya diam. Isterinya yang dari tadi memandang ke arahnya itu diabaikan saja.

Irene mengeluh. Hampir seminggu Carl menghiraukannya. Semakin dia cuba mendekati Carl, semakin jauh Carl melarikan diri. Dia tidak pasti silapnya dimana.

"Carl...You dengar tak apa I cakap ni?" Soal Irene bersama nada yang agak perlahan. Riak wajahnya masih dikawal walaupun dia rasa mahu menangis ketika ini.

"Kau nak apa? Kau tak nampak ke aku tengah buat apa sekarang ni?" Soal Carl sebelum dia menjeling tajam wajah isterinya yang masih tegak berdiri memegang dulang.

"Makanlah Carl.. Penat I masak untuk you.." Ucap Irene seakan mahu memujuk suaminya. Namun Carl masih begitu, menghiraukan Irene dan tetap fokus memandang komputer ribanya.

Irene mendengus kasar apabila Carl mengabaikannya. Dia menepis komputer riba suaminya dan menolak kertas-kertas yang berada di atas meja itu.

Carl tersentak apabila komputernya jatuh di atas lantai. Kertas-kertas kerjanya habis bersepah di atas lantai. Laju kepalanya pusing menghadap isterinya.

Dulang di tangan Irene diletakkan di atas meja. Dia tahu Carl sedang merenung tajam ke arahnya, namun dia perlu mengawal riak wajahnya seakan dia tidak melakukan kesalahan.

"KAU BUAT APA NI IRENE MELISSA?!" Tengking kuat Carl di hadapan muka Irene. Irene hanya tersenyum sinis. Dia menjeling suaminya yang sedang berjalan ke arahnya.

"AKU TANYA KAU, IRENE.. KAU BUAT APA NI?! KAU TAHU TAK AKU KENA HANTAR BENDA TU ESOK PAGI?!" Carl mencekik leher isterinya kuat. Irene masih mengawal riak wajahnya. Puas hati apabila akhirnya Carl memberi tumpuan kepadanya.

Irene menendang perut Carl dengan kakinya. Carl terus jatuh ke atas lantai. Perlahan-lahan Irene duduk memegang wajah suaminya.

"Apa susah sangat you nak bagi tumpuan pada I? Penting sangat ke kerja you tu sampai you tak ada masa untuk I?" Soal Irene bersama bibirnya yang sedang melakar senyuman sinis itu.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now