51 || ERDEN'S ✧.*

6K 611 35
                                    

ERIC yang sedang baring di atas sofa yang berada di office Cadee itu ditarik oleh Carl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ERIC yang sedang baring di atas sofa yang berada di office Cadee itu ditarik oleh Carl.

"Bangun. Bukan kau sorang je nak duduk dekat sini." Ujarnya lalu dia melabuhkan duduknya dia atas sofa itu. Eric terus menjeling Carl. Nasib saja adik Cadee, kalau tidak, jangan haraplah dia nak bangun.

Daren dan Xylon yang baru saja masuk itu memandang mereka hairan. Mata mereka kemudian memandang Cadee yang sedang sibuk menyemak fail-fail.

"Ada apa ramai-ramai dekat sini? Tak ada kerja ke?" Soal Xylon hairan. Jarang sekali Cadee tidak beri kerja kepada mereka.

"Hari ni kita fun fun. Biar Cadee sorang je buat kerja." Ucap Stephen selamba dan menyambung semula tidurnya.

Daren hanya abaikan saja mereka. Dia menarik kerusi di hadapan Cadee. Malas mahu duduk bersama yang lain.

Cadee mengangkat wajah memandang Daren. "Kenapa tak duduk dekat sana? Aku ada kerja sikit.."

Daren menggeleng. "Malas aku. Nanti aku ikut bebal macam dia orang.."

Cadee tergelak kecil mendengar jawapan Daren. Tidak dinafikan, memang benar. Sesiapa yang duduk bersama Stephen dan Eric, pasti akan terikut bebal.

Cadee menyimpan fail-fail yang sudah siap disemak. Dia bangkit dari duduknya dari menyertai yang lain di ruang rehat.

"Carl..." Panggil Eric tiba-tiba. Carl terus menoleh ke kanan memandang si Eric yang tiba-tiba saja menyebut namanya.

Mereka juga turut memandang Eric hairan. Dari tadi senyap dan sunyi, tiba-tiba saja Eric membuka mulut.

Eric membetulkan duduknya menghadap Carl. Carl hanya melihat saja tindakan Eric itu.

"Kau... pernah gila ke?"

Berkerut dahi Carl memandang si Eric. Mereka juga terkejut mendengar. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba si Eric ni menyoal tentang gila.

"Kau merepek apa?" Soal Carl kembali. Kalau iya pun mamai, janganlah merepek sangat. Suka hati dia aje nak kata orang gila.

"Betul.. Aku rasa macam kau pernah gila.." Eric masih cuba untuk menyakinkan Carl. Carl tergelak kecil mendengar itu. Merepek apalah budak ni.

"Kau jangan nak mengarut, Eric. Bila masa Carl ni gila?" Soal Xylon pula. Eric ni datang dari masa depan ke? Setahunya, Carl tidak pernah lagi gila.

"Aku cakap betul.. Aku tak tipu.." Eric masih tidak mahu kalah. Dia benar-benar maksudkan.

Daren diam memerhati wajah Eric dengan dalam. Apa yang Eric cuba sampaikan ni?

"Okay.. Kau bagitahu aku.. Apa punca aku gila?" Soal Carl pula. Disebabkan Eric tidak mahu kalah, dia terpaksalah melayan.

"Sebab Irene mati."

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now