67 || ERDEN'S ✧.*

15.5K 604 202
                                    

4 tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

4 tahun kemudian...

Suis lampu yang terletak di tepi pintu bilik itu dibuka oleh Irene. Keluhan dilepaskan tatkala melihat suami dan anaknya masih lena dibuai mimpi. Jam di dinding itu dipandang sekilas.

Jam 10 pagi?

Laju kakinya melangkah ke arah katil yang menempatkan suami dan anaknya. Selimut tebal yang menutupi tubuh Carl itu ditarik kuat oleh Irene.

"ERDEN CARL!!" Bantal dicapai sebelum dipukul kuat tubuh Carl. Carl yang rasa tubuhnya dipukul itu terus membuka matanya.

"Apa kau ni? Bisinglah pagi-pagi buta macam ni.." Carl menutup semula matanya. Pagi-pagi buta kacau orang tidur, siapa saja tak marah?

"Apa you cakap?! Pagi buta? Sekarang ni you yang buta! Tengok jam tu dah pukul berapa!" Mengamuk Irene dibuatnya. Matanya beralih pada anak perempuannya yang turut lena tidur itu.

"Ish! Anak bapa sama je lah!" Rungut Irene. Dia berjalan ke arah anaknya sebelum dikejut lembut.

"Ayra..." Anaknya kini sudah berumur 2 tahun. Wajahnya sangat mirip dengan Carl. Tubuh anaknya digoncang perlahan. Goncang kuat nanti jadi coconut shake pula.

Keluhan berat dilepaskan. Mengapa perangai anaknya ini sebiji dengan Carl? Kuat tidur!

"Ya Allah.. Sakit mata aku tengok dua beranak ni." Kepala digaru. Dia kembali ke arah Carl sebelum tangannya memukul kuat punggung Carl.

"Bangun! Kalau you tak bangun, I simbah air! Bangunlah cepat!" Tidak berhenti tangan Irene memukul punggung Carl.

Terpaksalah Carl membuka matanya apabila punggungnya sudah berasa kebas akibat dipukul Irene.

"Kau ni tak ada tempat lain ke nak pukul? Sakit tahu tak?!" Carl bangkit dari baringnya lalu memandang tajam ke arah Irene.

"Sakit lagi hati I tengok you dengan anak you tu sedap tidur! Pukul 8 tadi I dah kejut kan?! Kenapa tidur lagi?!" Selimut tebal itu diambil sebelum dikemaskan di atas katil.

Carl menjeling. Orang nak tidur pun tak senang.

"Kau ni asyik nak membebel je. Tak penat ke? Aku yang penat dengar kau membebel tahu tak?"

Tajam pandangan Irene terhadap suaminya. "Kalau tak nak dengar I membebel, cuba dengar cakap I. Tak adalah I nak membebel macam ni. Tu anak you tu, kejutlah!"

Telinga ditutup menggunakan kedua tangannya. Kalau begini hari-hari, mahu bernanah telinga Carl.

"Anak aku je? Bukan anak kau juga ke? Kita buat sama-sama kan? Kau kejutlah!" Balas Carl. Kita yang baru bangun tidur ni disuruh kejut anak?

"Memanglah anak I. Tapi perangai dia sebiji macam you! I penat mengandungkan dia, tapi keluar je semua benda macam you. Bukan perangai je, muka pun sama macam you!"

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now