08 || ERDEN'S ✧.*

4.6K 251 17
                                    

PINTU kereta di bahagian penumpang dibuka perlahan oleh Carl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU kereta di bahagian penumpang dibuka perlahan oleh Carl. Dia merenung wajah Ayeshah yang beriak biasa dan tidak beriaksi. Carl mengeluh tatkala Ayeshah masih kaku di tempatnya.

"Ayeshah Azzahra.." Panggil Carl dalam nada yang perlahan. Wajah Ayeshah dipandang tajam. Bukan selalu Erden Carl membukakan pintu untuk perempuan.

Ayeshah membalas renungan tajam Carl. Ingat dia takut?

"Awak nak apa? Sudahlah paksa saya ikut awak, sekarang ni awak nak saya ikut arahan awak pula?" Bebel Ayeshah.

Sakit pula hatinya tatkala Bonda dan Papanya menyuruh dia mengikut Carl. Sekarang ni siapa anak Dato' Ahmad Idrus dan Datin Asyfa yang sebenar?

"Kau dah ikut aku, kau kenalah ikut arahan aku, Honey Bear.." Carl melembutkan suaranya sebelum dia tersenyum manis.

Ayeshah memutarkan bebola matanya. Dia masih tetap dengan keputusannya. Dia tidak mahu bergerak walaupun seinci.

"Awak siapa nak atur hidup saya?!"

"Aku bakal suami kau.."

Selamba Carl menjawab sebelum dia tersenyum bangga. Bangga melihat muka Ayeshah yang sudah masam.

"Awak ni gila ke? Awak nak pergi shopping pergilah sendiri. Saya tunggu dekat sini.." Ayeshah menarik pintu namun sempat Carl menahan.

Carl mendekatkan wajahnya ke wajah Ayeshah. Ayeshah sudah membulat mata. Mata bertentang mata. Jarak wajah mereka hanyalah seinci. Ayeshah sudah menelan air liurnya. Mulutnya seperti digam rapat.

Carl tersenyum nakal. Tangannya membuka seat belt yang melilit tubuh Ayeshah. Dia menjauhkan wajahnya apabila seat belt sudah berjaya dibuka.

Carl menyorok senyumannya tatkala melihat wajah merah Ayeshah. Ayeshah sudah menghela nafas lega.

"Janganlah masam sangat muka tu, Honey. Jom keluar. Kalau tak, aku sendiri yang angkat kau.." Carl sudah melorek senyuman sinis. Sengaja dia mengenakan Ayeshah.

Pantas tangan Ayeshah mencapai beg tangannya sebelum dia melangkah keluar dari kereta. Carl sudah tersenyum puas.

"Macam itulah, Zahra aku.." Ucap Carl lalu dia menutup pintu kereta.

Ayeshah hanya memandang saja Carl tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Jom kita masuk.."

Carl mula melangkah menjauhi Ayeshah. Namun Ayeshah masih lagi terkaku di tempatnya. Carl menoleh ke belakang. Kepala digeleng perlahan.

"My Beautiful Zahra.. Jom.." Carl menarik tali beg tangan Ayeshah yang berada di tangan Ayeshah.

Ayeshah seperti di pukau. Dia hanya mengikut saja kemana Carl pergi. Sepatah pun dia tidak bercakap.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now