10 || ERDEN'S ✧.*

5.4K 269 17
                                    

AYESHAH sedikit tenang apabila Carl menangguh hari dimana dia akan dipinang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYESHAH sedikit tenang apabila Carl menangguh hari dimana dia akan dipinang. Dia duduk di balkoni biliknya. Memandang langit yang biru. Keluhan dilepaskan.

"Abang.. Adik rindu abang.."

Ayeshah mengusap gambar abangnya. Dia takut. Dia takut mimpi yang muncul pada lenanya hari lalu itu menjadi kenyataan.

"Abang.. Adik dah nak kahwin.."

Air mata Ayeshah mengalir. Dia sangat rindu pada abangnya. 10 tahun dia hidup sendiri tanpa belaian kasih dari abangnya.

"Adik rindu abang. Dah 10 tahun abang tinggalkan adik.."

Teresak-esak Ayeshah menangis. Mengingatkan tragedi 10 tahun lalu membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima pinangan Carl.

"Abang nak tahu tak? Adik ada mimpi buruk.."

Wajah abangnya pada bingkai gambar itu ditatap. Perlahan-lahan tangannya naik mengusap gambar itu.

"Adik mimpi.. Erden akan tinggalkan adik.."

Air mata Ayeshah mengalir deras. Dia takut. Dia tak mahu kehilangan lelaki kesayangannya.

"Adik takut mimpi adik jadi kenyataan macam mimpi 10 tahun lalu.."

Ayeshah menyeka air matanya. Dia menenangkan diri.

"Adik tak sangka mimpi adik jadi kenyataan.."

Ayeshah memejam matanya. Dia tidak mahu air matanya mengalir lagi.

"Adik dah cuba halang abang.. Tapi abang degil.."

Ayeshah memukul dadanya sendiri. Dia yakin ini semua salah dirinya.

"Ini semua salah adik! Kalau adik berkeras halang abang masa tu, abang mesti ada dengan adik sekarang.."

Ayeshah kembali menangis. Kepalanya dipukul.

"Adik.. Adik punca semuanya!"

Ayeshah mengetuk meja kecil yang berada di balkoni itu. Datin Asyfa yang baru masuk ke dalam bilik anaknya itu terkejut.

"Ya Allah Esha!!"

Pantas Datin Asyfa menghenti anak daranya. Tubuh Ayeshah dipelik erat.

"Istighfar Esha.."

Ayeshah semakin esak memangis. Dia memegang kepalanya.

"Ini semua salah Esha, Bonda! Esha punca abang tinggalkan kita!"

Ayeshah menangis dalam dakapan Datin Asyfa. Datin Asyfa mengusap kepala anaknya.

"Kenapa cakap macam ni, Esha? Itu semua takdir!"

Ayeshah menggeleng. Dia menafikan kata Bondanya.

"Tak! Esha tahu apa yang akan jadi pada abang, tapi Esha tak halang pun! Esha biarkan abang pergi!"

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now