37 || ERDEN'S ✧.*

5.1K 326 29
                                    

BEG kertas yang berada di tempat duduk penumpang itu dicapai lalu dia terus keluar dari perut kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEG kertas yang berada di tempat duduk penumpang itu dicapai lalu dia terus keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup sebelum dia melangkah ke arah bangunan megah Earlane's Holding.

Sampai saja di hadapan bangunan ini, seperti biasa dia pasti akan dihalang oleh pegawai keselamatan Earlane's. Kalau dulu, dia sangatlah rimas dihalau. Namun sekarang, dia sudah tidak heran.

Baru saja dia mahu memberikan beg kertas itu kepada staff Earlane's, tangannya sudah ditarik seseorang. Pantas Irene menoleh ke arah belakang. Dia tersenyum apabila melihat figura suaminya.

"Hi!"

Carl hanya memandang wajah isterinya itu tanpa balasan. Dia menarik tangan isterinya. EC Card diletakkan di alat pengesahan itu.

"Carl, 803"

Selesai saja, Carl terus memaut tangan si isteri untuk masuk ke dalam biliknya. Inilah kali pertama Irene menjejakkan kaki ke sini. Dia terpegun melihat keunikan dalam bangunan ini. Selama ini dia hanya melihat dari luar, malah hari ini dia berada di dalam.

Pintu bilik Carl ditolak. Carl menarik kerusi di hadapan mejanya itu sebelum dia menolak perlahan tubuh Irene. Irene hanya akur. Beg plastik itu diletakkan di atas meja.

"Kau masak apa hari ni?" Soal Carl bersama matanya menatap wajah si isteri. Irene tersenyum manis apabila melihat mata Carl tidak lari dari menatap wajahnya.

"I masak simple je hari ni. Ikan masak asam pedas." Jawab Irene sebelum dia mengeluarkan Tupperware dari beg itu. Carl hanya melihat saja tindakan isterinya itu.

Penutup bekas itu dibuka. Irene menyediakan makanan untuk suaminya. Ini kali pertama dia menyediakan makanan Carl ketika di office. Selama ini, dia tidak dibenarkan masuk.

"Nah. Makanlah. Kalau tak sedap bagitahu, nanti I improve lagi." Ujar Irene lalu tangannya menolak bekas makanan itu. Carl terus mencapai bekas itu.

"Duduk sebelah aku. Ambil kerusi tu. Kita makan sama-sama."

Mendengar itu, Irene terus menarik kerusi yang diduduk ke sebelah Carl. Carl hanya diam. Dia sedang berusaha untuk menyayangi isterinya.

Suapan pertama dimasukkan ke dalam mulut. Carl tidak memberikan sebarang reaksi. Jadi Irene sendiri tidak tahu masakannya itu sedap atau tidak.

"Okay?" Soal Irene risau. Karang termasin sangat ada kena darah tinggi pula suaminya.

Carl mengangguk kepalanya sebelum dia memasukkan lagi suapan kedua. "Okay. Tapi tak macam dekat kedai makan."

Irene menjeling. "Kalau nak sedap, pergilah makan dekat kedai. Jangan makan lauk yang I masak."

Irene mahu menarik semula bekas makanan itu. Namun cepat saja tangannya ditahan oleh Carl. Tangan Irene itu digenggam Carl.

"Aku tak cakap pun tak sedap. Aku boleh makan ni kan? Maksudnya sedaplah. Teruskan usaha kau, Bee.." Ujar Carl lalu dia menggeleng kepalanya. Setakat ini, semua masakan Irene sempurna. Tiada cacat cela. Rasanya pun cukup, tiada yang kurang.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now