23 || ERDEN'S ✧.*

4.9K 282 30
                                    

CARL membuka pintu bilik abangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CARL membuka pintu bilik abangnya. Dia berjalan mendekati sofa sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Daren. Daren hanya menoleh sekilas saja ke arah Carl.

Cadee memandang adiknya hairan. Dia menoleh ke arah wajah isterinya yang sudah lebam akibat ditumbuk dan ditampar oleh Irene.

"Siapa buat isteri aku macam ni?" Soal Cadee serius. Wajah Daren dan Carl ditatap tajam. Daren menoleh ke arah Carl seakan meminta untuk Carl menjawab pertanyaan Cadee itu.

Carl membalas pandangan Daren sebelum dia mengeluh perlahan. Matanya kini beralih pada wajah abangnya yang sudah tegang itu. Jelas kelihatan marah.

"Irene." Ringkas saja jawapan Carl. Cadee terus tergelak sinis apabila menerima jawapan Carl itu.

"Irene? Kau nak tipu aku ke apa?" Cadee menggeleng kepalanya seakan tidak percaya dengan kata-kata Carl. Mustahil Irene yang melakukan semua ini. Di matanya, Irene seorang perempuan yang baik.

"Kau ingat aku ada masa ke nak tipu kau? Kalau kau tak percaya, kau tanyalah Zenia sendiri. Kau kan susah nak percaya cakap aku." Carl menjeling. Itulah abangnya. Sukar mempercayai setiap bait katanya. Mukanya yang tampan ini ada nampak macam penipu ke?

Cadee menoleh ke arah isterinya. Perlahan-lahan Clara mengangguk kepalanya. "Betul apa yang Erden cakap. Irene yang tiba-tiba tumbuk dan tampar Clara."

Cadee mengeluh. Dia sangkakan adiknya hanya menipu saja. Dia tidak sangka pula Irene berani untuk menyentuh isteri kesayangannya.

"Kenapa Irene tumbuk kau? Kau cakap apa dengan dia?" Soal Cadee kepada Clara. Berkerut dahi Clara mendengar soalan Cadee yang seakan tidak percaya dengan kenyataan ini.

"Abang tak percayakan Clara ke?" Soal Clara kembali. Laju Cadee menggeleng kepalanya.

"Bukannya aku tak percaya. Aku cuma nak tahu apa punca Irene tu tumbuk kau.."

Clara mengeluh. Dia sebenarnya malas mahu membahas tentang perempuan itu. Dia tidak suka.

"Dia panggil Clara pembantu rumah. Ada ke patut dia panggil perempuan yang cantik lagi berseri ni pembantu rumah?" Clara menjeling. Dia memegang wajahnya yang sudah lebam itu.

Kepala Cadee dipusing menghadap Clara. Terkebil-kebil mata Cadee memandang wajah isterinya.

"Cuba abang tengok muka Clara ni. Ada nampak macam pembantu rumah abang ke?" Clara mengelipkan matanya berkali-kali. Laju Cadee menggeleng tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Carl hanya tergelak kecil melihat tindakan Clara itu. Itulah perangai Clara Zenia. Manja dengan orang yang disayangi dan akan menjadi kejam dengan orang yang dibenci.

"Tak akanlah sebab itu aje? Cuba kau jujur dengan aku, sayang.." Cadee membesarkan matanya. Clara sudah mengeluh. Susah betul cakap dengan orang yang tak faham bahasa ni.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now