50 || ERDEN'S ✧.*

7.3K 446 33
                                    

CARL berjalan ke sekitar rumahnya mencari figura si isteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CARL berjalan ke sekitar rumahnya mencari figura si isteri. Hari ini hari sabtu, hari dimana dia tidak perlu pergi ke office. Puas dia mencari si Irene, namun masih tidak jumpa.

"Mana pula si gorilla ni.. Merajuk lagi pasal kek semalam ke?" Soalnya sendiri.

Pintu rumah dibuka sebelum dia melangkah ke halaman rumah. Kalau di dalam rumah tiada sesiapa, pasti isterinya ada di luar rumah.

Dia berjalan ke arah gazebo. Malah tiada sesiapa. Kakinya tidak henti melangkah untuk mencari figura si isteri.

Dia mengeluh perlahan apabila Irene langsung tidak ada di halaman rumah. Namun dia masih belum periksa di kawasan belakang rumah.

Dia mengatur langkah ke kawasan belakang rumah. Di belakang rumah tidak ada banyak benda. Cuma ada satu kolam renang dan tempat lepak sahaja. Rumahnya tidak sebesar rumah Cadee. Cukuplah untuk dia duduk bersama si Irene yang kadang kala normal kadang kala gila ini.

Penat dia mencari Irene, tapi masih lagi tidak jumpa. Jadi dia memutuskan untuk berehat seketika di meja batu yang berada di bawah pokok manggis.

Telefon bimbitnya dikeluarkan. Dia membuka aplikasi Tiktok untuk menghilangkan rasa bosannya.

"Apa guna Tiktok ni sebenarnya?" Soalnya pelik. Dia sendiri tidak faham mengapa orang zaman kini sangat sukakan media sosial. Tiktok ini pun bukannya dia yang download, malah Stephen. Katanya boleh tengok awek cun. Masalahnya batang hidung awek pun tak muncul.

Sedang Carl termenung, tiba-tiba ada sebiji buah manggis jatuh tepat pada kepalanya.

"Memang kau kena jatuh atas kepala aku pun, manggis woi!" Carl mengeluh. Dia hanya abaikan saja. Mungkin kebetulan saja.

Sekali lagi buah manggis itu jatuh di atas kepalanya. Dia terus merengus kasar dan terus bangkit dari duduknya. Tubuhnya dipusing menghadap ke pokok manggis. Perlahan-lahan kepala diangkat memandang pokok manggis yang tidak begitu tinggi dan tidak begitu rendah.

"You membebel apa dekat bawah sana?" Soal Irene yang seronok duduk di atas pokok manggis sambil menikmati buah manggis yang manis itu.

Terbeliak biji mata Carl melihat isterinya berada di atas pokok. Semalam jadi gorilla, hari ni nak jadi monyet pula ke?

"Perempuan ni sedar ke tak diri dia tu tengah bawa budak?" Bisik Carl dalam hati. Tak boleh cakap kuat-kuat, nanti kantoi. Dia sedang cuba untuk menerima kenyataan tentang kandungan Irene walaupun ia sangat perit.

"You pandang apa, Carl? You ada nampak apa-apa ke dekat atas ni selain I?" Soal Irene hairan. Lama betul suaminya merenung dia di atas pokok ini.

"Ada. Ada monyet dekat sebelah kau tu." Jawab Carl lalu dia memuncungkan mulutnya.

"Mana?!" Soal Irene terkejut. Laju dia menoleh ke sisinya. Namun tiada apa-apa. Hanya dia dan buah manggis saja di atas ini. Nampak sangat dia sudah ditipu oleh Carl.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now