52 || ERDEN'S ✧.*

5.6K 579 65
                                    

"EH awalnya you balik?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"EH awalnya you balik?"

Irene berdiri di hadapan pintu menunggu si suami membuka kasut. Dia merampas beg kerja Carl dan bergerak masuk ke dalam rumah.

"Malam nanti aku kena pergi office semula. Ada kerja nak siapkan."

Irene mengangguk faham. Dia meletakkan beg di tangannya itu di atas meja.

"You duduklah dulu. I ambilkan air untuk you. You nak air apa?" Soal Irene sambil matanya melihat Carl berjalan ke arahnya.

Carl melabuhkan duduknya di atas sofa. Tangan Irene ditarik perlahan supaya duduk di sisinya.

"Tak payah. Aku tak haus." Ucapnya dalam nada yang agak rendah.

Irene angguk. Dia memandang suaminya pelik. Dah kenapa baik semacam je ni?

Carl membalas renungan isterinya itu. Tangannya naik menjentik dahi licin si isteri.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Suami kau ni dah tak handsome ke?" Soal Carl sebelum dia tersenyum senget.

Pantas Irene menggeleng kepalanya. "Mana ada. Suami I sentiasa handsome and hot. I bersyukur sebab I yang dapat you bukan orang lain."

Carl menjeling apabila mendengar pujian dari isterinya. Tangannya memeluk pinggang Irene kuat seakan tidak mahu berjauh dengan isterinya.

"You je yang tak bersyukur dapat I. Apa kurangnya I? Cantik.. Pandai masak.. Pandai buat kek. Untung you kan? Hari-hari kenyang.." Irene melentokkan kepalanya pada bahu Carl.

Carl diam. Dia memandang isteri seketika sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah televisyen.

"Kekurangan kau, kau suka berahsia dan menipu aku."

Irene menepuk dada Carl apabila melihat suaminya diam dan tidak merespon. Orang dah puji diri sendiri, dia boleh diam pulak.

"You! Kenapa you diam?"

Carl terus jatuhkan matanya pada si isteri yang sudah sedap bersandar padanya.

"Tak ada apa."

Irene mengeluh dan terus memandang televisyen. Susah bercakap dengan orang bisu macam suaminya. Nak ajak berbual pun susah. Asyik kena palau je.

"Carl.."

"Hm."

"Bila you nak buat card I?"

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now