12 || ERDEN'S ✧.*

4.8K 268 8
                                    

SUDAH dua hari Carl tidak bertemu dengan Ayeshah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH dua hari Carl tidak bertemu dengan Ayeshah. Dia cuba untuk menghubungi Ayeshah, namun tidak dapat. Ayeshah sudah menukar nombor telefonnya. Bila Carl datang ke rumah, pasti Ayeshah menyuruh Dato' Ahmad Idrus menghalaunya.

Carl pasrah. Dia sudah tidak mampu untuk buat apa-apa lagi. Dia hanya boleh berdoa agar jodoh dia dan Ayeshah dipanjangkan. Dia mahu menghalalkan wanita itu. Dia sangat mencintai wanita yang bernama Ayeshah Azzahra.

Carl berdiri di hadapan cermin besar yang terletak di biliknya. Dia mengeluh perlahan. Sudah dua hari dia rasa tidak semangat untuk ke office. Hari ini, dia terpaksa gagahkan diri untuk bekerja. Perasaan harus dilawan, bukan dilayan.

Cadee mengetuk pintu bilik adiknya. Carl hanya memandang saja pintu itu tanpa mengeluarkan sebarang suara. Dia tahu, kalau dia menghalang, pasti pintu itu akan terbuka juga.

Carl duduk di birai katil sambil memakai stokin. Cadee yang sudah masuk itu segera menghampiri adiknya yang seakan tidak bermaya itu.

Bahu adiknya disentuh perlahan. Dia tahu adiknya kecewa, sedih dan marah. Baru pertama kali Carl mahu melibatkan diri dalam alam percintaan, namun sudah gagal. Cinta pertamanya meninggalkan dirinya oleh kerana difitnah. Adilkah?

"Kau okay tak ni?" Soal Cadee prihatin. Kalau dilihat dari muka, memang adiknya tidak okay.

Carl menganguk. Dia masih diam. Sejak kejadian dua hari lalu, dia gemar bersendirian. Dia tidak akan bercakap perkara yang tidak penting. Dia hanya akan bercakap sekiranya perkara itu tentang Ayeshah sahaja.

"Kau betul ke nak masuk office?" Cadee risau melihat keadaan adiknya. Dia turut bersimpati. Dia tidak akan melepaskan perempuan yang bernama Irene itu.

Carl mengangguk. Beg galasnya diambil. Dia melabuhkan punggungnya kembali di birai katil bersebelahan dengan abangnya. Wajah abangnya dipandang.

Cadee tersenyum kecil. Rambut adiknya dikemaskan. Sudah seperti mayat hidup. Diri tidak terurus.

"Kau kenapa ni? Cuba bagitahu aku.." Ujar Cadee sambil tangannya membetulkan rambut adiknya.

Carl hanya diam. Dia mendengar saja setiap kata yang keluar dari mulut Cadee. Dia tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata.

"Tunggu sini kejap. Aku ambilkan perfume kau. Bukan Erden Carl kalau tak sembur perfume sebotol.." Ucap Cadee sebelum dia bangun dan menghampiri koleksi wangian Carl.

Carl hanya melihat saja abangnya. Dia malas mahu bercakap. Hanya merelakan saja apa yang abangnya lakukan.

Perfume disembur sebanyak yang boleh. Carl sudah mulai pening tatkala Cadee menyembur minyak wangi dalam kuantiti yang banyak.

"Okay tak perfume tu?" Carl mengangguk. Cadee terus tersenyum tatkala Carl membalas soalannya.

Wajah Cadee masih dipandang oleh Carl. Dia seperti mahukan sesuatu dari abangnya.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now