28 || ERDEN'S ✧.*

4.8K 326 22
                                    

LUGGAGE ditarik perlahan sebelum dia mendekati Carl yang berada di gazebo itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LUGGAGE ditarik perlahan sebelum dia mendekati Carl yang berada di gazebo itu. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di sebelah Carl. Wajah suaminya ditoleh sekilas sebelum dia menunduk.

Carl menoleh ke arah isterinya sebelum dia mengerutkan dahinya. Kemudian dia menjatuhkan pandangannya ke arah beg berwarna hitam yang berada di hadapan isterinya.

"Kau nak pergi mana bawa beg semua ni?" Soal Carl hairan. Nak kata pindah rumah.. Rumah mana pula? Rasanya dia tiada merancang mahu pindah rumah dalam masa terdekat.

Laju Irene memandang wajah suaminya yang berkerut itu. "Kan semalam I dah bagitahu you yang I nak balik rumah parents I."

Baru Carl teringat tentang malam tadi. Dia sungguh terlupa. Entah apa yang dia fikirkan sehingga dia tidak ingat langsung tentang ini.

"Kau nak pergi naik apa? Siapa ambil kau?" Soal Carl lagi. Bukannya dia risau, cuma dia malas mahu mendengar mulut orang. Nanti tidak pasal-pasal orang melabel dirinya suami dayus.

"Nanti kawan I datang ambil. I dah suruh dia ambil I dekat sini." Jawab Irene. Carl hanya mengangguk kepalanya. Dia tidak ada rasa mahu menghantar isterinya ke airport. Malas dia mahu mengambil tahu tentang isterinya.

Carl mengeluarkan sekeping kad berwarna hitam dari wallet miliknya. Dia menghulurkan kad itu kepada Irene. Berkerut dahi Irene melihat kad itu.

"Apa ni? Kenapa bagi I?" Soal Irene hairan. Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba saja suaminya menghulurkan sekeping kad.

"Ambillah. Nanti orang kata aku dayus pula tak bagi nafkah dekat isteri." Carl merengus kasar. Dia memandang tajam wajah isterinya yang enggan mengambil kad itu.

"Tak apalah. I ada duit. You simpan aje kad tu. Nanti habis duit you." Irene menggeleng kepalanya. Dia tidak mahu tunjuk kepada Carl yang dia sebenarnya mahukan duit dan harta Carl.

"Aku cakap ambil tu ambillah. Tak luak pun duit aku kalau aku bagi kau." Carl mengambil tangan isterinya sebelum dia meletakkan kad yang berwarna hitam itu di tangan Irene. Irene terus mengalihkan pandangannya ke arah lain lalu dia tersenyum sinis.

"Thanks. I bukannya nak sangat duit you. I dah cakap I ada duit. You yang paksa I ambil." Ujar Irene dan terus menyimpan black card itu ke dalam handbag miliknya.

"Kau tak payah nak tunjuk baik sangat. Bukannya aku tak tahu kau sebenarnya nak duit aku. Kau nak sangatkan? Ambillah tu. Sikit je aku masukkan dalam card tu." Ujar Carl sebelum dia memutarkan bebola matanya. Sudah tentu dia tahu apa yang isterinya mahukan. Macamlah dia tidak nampak senyuman sinis dibibir Irene tadi.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now