14 || ERDEN'S ✧.*

4.8K 271 13
                                    

CARL menunggu pintu besar rumah itu dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CARL menunggu pintu besar rumah itu dibuka. Dia berdebar. Dia takut untuk berhadapan dengan penghuni rumah ini. Bibir bawahnya digigit untuk menghilangkan rasa gelisah.

Pintu itu dibuka dari dalam. Carl menghulurkan tangannya kepada Dato' Ahmad Idrus. Dato' Ahmad Idrus menyambut huluran itu. Dia memandang Carl hairan.

"Ada apa kau datang ni?" Soal Dato' Ahmad Idrus hairan. Carl takut untuk menjawab. Dia takut untuk berterus terang.

Datin Asyfa berjalan ke arah suaminya. Wajah Carl dipandang. Berkerut dahi Datin Asyfa melihat figura Carl berada di harapan pintu rumahnya.

"Eh Carl? Kenapa ni? Ada masalah ke? Pagi-pagi dah datang.." Datin Asyfa turut memandang Carl pelik. Jarang-jarang Carl berdiam diri begini. Selalunya pasti dia akan mengeluarkan suaranya.

"Saya.." Perlahan saja Carl melontarkan suaranya. Dia takut jika permintaannya tidak ditunaikan.

"Carl nak apa? Masuklah dulu. Kita borak dekat dalam.." Pelawa Datin Asyfa. Datin Asyfa menarik tangan suaminya untuk memberi sedikit ruang kepada Carl. Carl serba salah untuk melangkah masuk.

Dato' Ahmad Idrus mengeluh tatkala Carl masih kaku di tempatnya. Tangan Carl ditarik masuk ke dalam. Carl tersentak. Dia tidak jangka perkara itu akan terjadi.

Mereka duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Carl memandang sekeliling rumah mencari kekasih hatinya.

Datin Asyfa tersenyum. Dia tahu Carl mencari anak perempuannya. Dia tahu Carl masih mencintai Ayeshah Azzahra.

"Esha tak ada. Dia keluar. Carl nak apa datang sini? Carl ada masalah ya?" Soal Datin Asyfa lembut. Carl terharu. Walaupun dia telah melukai hati anak perempuan Dato' Ahmad Idrus dan Datin Asyfa, mereka berdua masih melayan Carl dengan baik.

"Saya nak jumpa Zahra.." Carl menunduk. Dia tahu permintaannya sangat sukar untuk diterima. Dia redha jika permintaannya tidak ditunaikan.

"Kami tak kisah kalau kau nak jumpa dia. Kami izinkan. Cuma, Esha.. Keputusan itu ada pada dia sama ada mahu ataupun tidak." Dato' Ahmad Idrus memandang Carl sayu. Dia tahu kebenarannya. Namun dia tidak mampu untuk memulihkan segalanya. Dia tidak sanggup melihat anak daranya terluka sekali lagi.

"Apa yang dah jadi sebenarnya Carl? Betul ke semua ni?" Soal Datin Asyfa. Sejujurnya, dia tidak percaya dengan kenyataan yang perempuan itu beri. Dia percaya pada Erden Carl. Namun kepercayaannya sedikit demi sedikit hilang.

"Tak Aunty. Saya tak buat semua tu.." Carl menafikan. Dia betul-betul tidak buat. Dia tidaklah sejahat itu untuk menghancurkan perempuan.

"Aunty tahu kamu tak macam tu. Tapi keadaan tak boleh diubah semula. Esha dah tak boleh terima kamu, Carl.."

Pernyataan Datin Asyfa itu betul-betul membuatkan Carl luluh. Masih ada peluangkah dia untuk memujuk cinta hatinya? Adakah Allah akan berpihak pada dia kali ini?

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now