29 || ERDEN'S ✧.*

4.7K 326 13
                                    

BEG tangan yang terletak di atas katil itu dicapai oleh Irene

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEG tangan yang terletak di atas katil itu dicapai oleh Irene. Dia menuju ke cermin besar yang berada di dalam biliknya itu untuk mengemaskan dirinya. Rambut dibetulkan sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Jam sudahpun pukul 8 malam. Irene perlahan-lahan menuruni anak tangga. Dia tidak ada rasa mahu meluangkan masa dengan keluarganya malam ini. Baik dia keluar mencari ketenangan.

Aldrich dan Monica yang sedang menonton drama di ruang tamu itu segera menoleh ke arah anak perempuan mereka. Wajah Aldrich yang mulanya ceria sudah bertukar sinis. Dia memandang tajam figura anaknya yang sudah bersiap cantik itu.

"Kau nak pergi mana malam-malam ni, Mel?" Soal Aldrich tegas. Tubuh anaknya dipandang dari atas hingga ke bawah. Seksi. Kepala digelengkan perlahan.

"Mel nak keluar." Perlahan saja Irene berkata. Dia menundukkan wajahnya tatkala Aldrich dan Monica memandangnya seperti mahu menelan dirinya.

"Kau nak keluar pergi mana? Dah malam macam ni pun nak keluar? Kau sedar tak diri kau tu isteri orang?" Sinis Aldrich. Dia malas mahu bising namun perangai anaknya ini sudah macam perangai kanak-kanak. Entah dia sedar ke tidak dirinya itu sudah menjadi isteri orang.

"Mel nak keluar sekejap je Daddy. Bukannya Mel balik pagi-pagi buta." Irene mengeluh perlahan. Beginilah dia jika berada di sini. Pasti perlu menadah telinga mendengar bebelan Aldrich sebelum keluar. Bukannya dia budak kecil mahu mendengar segala bebelan ayahnya itu.

"Kau tu dah jadi isteri orang, Melissa. Kau keluar tu dah minta izin suami ke belum?" Aldrich menjeling. Melihat anaknya yang terdiam itu dia yakin bahawa anaknya tidak meminta izin suami sebelum keluar.

"Mel dah bagitahu suami Mel." Irene memandang saja wajah Aldrich yang seakan marah dengannya itu.

Aldrich menjeling sekali lagi. Dia sungguh tidak percaya dengan anaknya itu. Melihat wajah anaknya itu, sudah pasti anaknya sedang menipu dirinya.

Monica yang berada di sisi suaminya itu hanya diam dan mendengar saja. Beginilah Irene dari dahulu, mahu ikut kepalanya sahaja.

"Mel keluar dulu." Tanpa mendengar bebelan ayahnya, Irene terus melangkah keluar. Pintu rumah itu ditutup kasar. Dia memutarkan bebola matanya sebelum dia mencapai kasut yang berada di rak itu.

"Nak membebel bagai. Macamlah aku ni budak kecil." Bebel Irene sambil tangannya memakai kasut. Dia mengemaskan baju dan rambutnya sebelum dia menuju ke kereta.

 Dia mengemaskan baju dan rambutnya sebelum dia menuju ke kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now