30 || ERDEN'S ✧.*

5.9K 281 27
                                    

⚠️ WARNING ⚠️

IRENE bersiap untuk keluar bersama sahabatnya, Gabriel Easton

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IRENE bersiap untuk keluar bersama sahabatnya, Gabriel Easton. Dia sudah berjanji untuk meluangkan masa dengan Gabriel. Disebabkan dia tiada lakukan apa-apa sepanjang berada di sini, jadi apa salahnya untuk keluar bersama Gabriel.

Pintu bilik ditutup rapat sebelum kaki melangkah menuruni anak tangga untuk menuju ke aras bawah. Pakaiannya hari ini lebih seksi berbanding semalam. Di sinilah dia dapat memakai baju begini, jika di Malaysia dia tidak akan memakai baju yang menjolok mata begini. Risau pula jika Carl tidak mahu memandangnya.

Sampai saja di aras bawah, dia mengeluh perlahan tatkala melihat figura Aldrich yang berada di ruang tamu itu. Dia terpaksa melakar senyuman kecil di bibir apabila Aldrich memandang dirinya dari atas hingga ke bawah.

Kaki menapak ke arah Aldrich. Sofa kosong yang berada tidak jauh dari Aldrich itu dihampiri sebelum diduduk. Irene hanya menundukkan pandangannya apabila ayahnya ini dari tadi merenung wajahnya. Nampak sangat tidak suka.

"Kau nak pergi mana lagi, Irene Melissa? Dah malam pun nak keluar? Tak serik kena marah dengan aku semalam?" Ucap Aldrich bersama pandangan tajam ke arah Irene. Irene hanya diam. Nak buat macam mana? Dia sudah berjanji dengan Gabriel. Lagipun dia tidak mahu bertengkar dengan ayahnya ini.

"Mel dah janji dengan Gabriel nak keluar sama-sama dengan dia." Jujur Irene. Dia tahu dia tidak boleh menipu ayahnya. Jika dia menipu, akhir nanti pasti ayahnya akan tahu. Entah berapa ramai mata-mata ayahnya di luar sana.

"Keluar dengan lelaki? Semalam kau keluar dengan Gabriel ke dengan lelaki lain? Lepas tu esok keluar dengan lelaki lain pula. Apa nak jadi kau ni, Melissa?" Aldrich menggeleng kepalanya. Berbuih mulutnya menasihat anak perempuannya ini. Irene masih di era remaja. Dia masih mahukan keseronokan.

"Semalam Mel keluar dengan Gabriel lah, Daddy. Dengan lelaki mana lagi Mel nak keluar? Daddy sendiri kenal Gabriel macam mana kan?" Ucap Irene sebelum dia mengeluh. Dia tidak faham mengapa ayahnya ini tidak habis-habis mahu menghalangnya keluar malam. Bukannya dia buat kerja terkutuk pun.

"Memang aku kenal Gabriel tu. Lebih dari kenal. Tapi aku sendiri tak kenal anak aku ni. Kau ni dah besar ya, Melissa? Umur kau tahun ni dah 25 tahun. Apa kau tak puas enjoy dulu?" Bukannya Aldrich tidak tahu Irene pergi ke kelab malam semalam. Dia tahu anaknya ini masih mahukan keseronokan.

"Mel tahu, Daddy. Dekat Malaysia Mel tak pergi tempat-tempat macam tu. Bagilah Mel peluang." Irene menundukkan wajahnya. Di Malaysia dia tidak dapat keluar, seharian duduk di rumah. Di US, dia pasti akan dibebel oleh ayahnya begini.

"Kenapa kau kahwin kalau kau masih nak enjoy sana sini? Kau tahu tak kau tu isteri orang? Kau tahu tak apa tanggungjawab kau?" Walaupun agama Aldrich dan Irene berbeza, namun Aldrich tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri di dalam Islam cukup besar. Senang saja nak dapat pahala kalau bersama suami. Malah anaknya ini? Keluar dengan lelaki lain dan biarkan suami di Malaysia sendiri.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now