40 || ERDEN'S ✧.*

6.5K 395 67
                                    

CARL mengemaskan dirinya di hadapan cermin besar yang berada di biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CARL mengemaskan dirinya di hadapan cermin besar yang berada di biliknya. Hari ini, semuanya dia lakukan sendiri. Biasanya, baju kerjanya digosok oleh Irene. Namun hari ini, dia buat semuanya sendiri. Dia sudah tidak perlukan Irene untuk menguruskan dirinya.

Pintu bilik Carl diketuk dari luar. Pantas kepala Carl menoleh ke arah pintu. Keluhan dilepaskan. Kakinya berjalan ke arah pintu sebelum tangannya memulas tombol pintu.

Terbuka saja pintu bilik itu, wajah isterinya terpampang di hadapan pintu. Dia memandang wajah itu dengan pandangan kosong. Satu senyuman pun tiada di bibirnya.

Mata Irene jatuh pada pakaian yang sudah tersarung di badan suaminya. Pakaian yang berada di tangannya di pandang sebelum dijauhkan dari Carl.

"Kenapa you iron baju sendiri? Biasanya I yang iron baju you.." Ujar Irene yang berasa kecewa itu. Carl tergelak sinis sebelum matanya memandang baju di tangan Irene.

"Aku boleh buat sendiri." Ucap Carl lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Irene berasa hairan apabila Carl tiba-tiba saja berubah.

"I tak fahamlah. Apa dah jadi dengan you ni? Apa salah I pada you?" Soal Irene mendatar. Semalaman dia fikir tentang ini, namun dia sendiri tidak tahu apa sebabnya.

"Kau ada buat salah ke?" Carl mengangkat kening sebelahnya memandang wajah si isteri. Irene terdiam. Dia membalas pandangan Carl sebelum dia menundukkan wajahnya.

"T...Tak.. Mana ada.." Jawab Irene. Dia tidak rasa Carl sudah tahu tentang kandungannya. Mustahil..

"Habis tu? Apa yang kau takut sangat?" Soal Carl yang seperti tidak berperasaan itu. Bibirnya dari tadi tidak melakar senyuman. Biasanya, dia akan tersenyum saat berada bersama isterinya. Namun hari ini, senyuman itu telah hilang. Dan punca senyuman itu hilang adalah kerana isterinya.

Irene hanya mengunci mulutnya. Dia dapat rasakan mood Carl sedang tidak baik. Mungkin Carl ada masalah dengan kerjanya.

"I ada masak untuk you. Nanti turun makan.."  Irene memandang wajah suaminya yang dingin itu. Dia masih lagi mahu mencuba untuk memenangi hati Carl walaupun sebenarnya dia sudah berjaya.

"Aku tak lapar."

Irene melepaskan keluhannya. Kecewa rasanya apabila dia beria bangun di awal pagi semata-mata untuk menyediakan kelengkapan untuk Carl. Namun Carl? Senang-senang dia menolak.

"Makanlah sikit.. Penat I masak untuk you. Nanti you sakit.."

Carl melepaskan tawa sinisnya. Wajah isterinya dipandang tajam. "Aku tahu macam mana nak jaga diri aku. Kau tak payah nak risau sangat.."

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now