60 || ERDEN'S ✧.*

7.7K 511 67
                                    

KERETA memasuki kawasan rumah agam Cadee

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA memasuki kawasan rumah agam Cadee. Dia membuka pintu kereta dari dalam lalu segera keluar dari perut kereta.

Pintu rumah itu dibuka perlahan sebelum dia menanggalkan kasutnya. Pakaiannya dikemaskan sebelum bertemu dengan abang dan kawannya yang lain.

Mereka yang sedang menikmati sarapan pagi itu segera menoleh ke arah Carl. Tidak berkelip mereka memandang Carl. Mata memerhati tubuh Carl dari atas hingga bawah.

"Assalamualaikum." Ucap Carl lalu menarik kerusi kosong untuk diduduk.

"Wa—waalaikumsalam." Jawab Cadee dan Eric.

Clara meletakkan pinggan di hadapan Carl sebelum menghidangkan mi goreng yang dimasak olehnya.

"Kau nak pergi mana Carl? Lain semacam kau ni." Leron dari tadi memerhati Carl. Bukan apa, cuma terkejut.

"Pergi jauh." Jawab Carl lalu segera menyuap makanan itu ke dalam mulutnya.

"Jauh? Jauh mana?" Soal Cadee pula. Pergi jauh ni nak meninggal ke apa? Iyalah, biasanya orang yang nyawa dia tak panjang je cakap macam tu.

"Jauh dari bumi." Jawab Eric dan Stephen serentak. Betul apa? Bumi ini tak rugi apa-apapun jika kehilangan Carl yang sangat tidak bijak ini.

Carl memutarkan bebola matanya. Pergi betul-betul baru tahu.

"Kau nak nikah lain ke? Pakai baju melayu bagai ni. Warna putih pula tu." Xylon turut terkejut apabila melihat Carl hari ini. Nampak seperti ahli syurga namun sebaliknya.

"Kalau dah ada pengganti, apa salahnya?" Sengaja Carl berkata begitu. Padahal dia langsung tiada pengganti Irene. Dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti Irene. Biarlah Tuhan yang aturkan hidupnya.

"Kau dah ada pengganti ke?" Soal Eric pelik. Rasanya Carl duduk di rumah saja selama ini. Tiada pula keluar dating.

Carl hanya diam. Malas mahu memjawab pertanyaan Eric.

"Kau main litmatch eh dekat rumah? Patutlah dah ada pengganti. Cuba share sikit macam mana nak main benda tu." Stephen mengelipkan matanya berkali-kali. Mahu juga cari awek melayu. Bosan single.

"Gila eh? Ingat ada ke perempuan nak dekat kau ni? Otak senget." Xylon memandang Stephen dari hujung matanya. Cakap orang, dia sendiri tak sedar dia pun tiada teman wanita.

"Sedapnya mulut cakap pasal orang. Diri sendiri pun single. Maknanya kau pun sama dengan aku. Tak ada orang nak." Stephen melepaskan tawa besarnya.

Daren yang berada di sisi Stephen itu hanya menggeleng. Kalau bab kenakan orang, bagi saja pada Stephen. Dia terlalu mahir.

"Ada je orang nak aku. Cuma aku je tak nak orang tu." Jawab Xylon dengan nada yang bangga. Macam mana nak ada girlfriend kalau dia terlalu sibuk dengan kerja?

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now