32 || ERDEN'S ✧.*

5.3K 331 16
                                    

IRENE membuka pintu biliknya apabila diketuk dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IRENE membuka pintu biliknya apabila diketuk dari luar. Dia terkejut apabila Aldrich tiba-tiba menarik tubuhnya sebelum dia dihempas ke atas lantai. Dia tersentak melihat wajah si ayah yang tegang itu.

"A..Apa ni, Daddy? Ke..Kenapa tiba-tiba?" Ucap Irene takut. Perlahan-lahan dia bergerak ke belakang apabila melihat ayahnya yang berjalan mendekatinya.

"Apa kau tanya aku?! Kau tu memang selalu cari masalah kan, Irene Melissa?! Apa kau buat malam semalam, Mel?!" Aldrich menarik rambut anak perempuannya kuat. Irene terkejut kecil. Dia menahan sakit apabila rambut ditarik kasar.

"A...Apa yang Mel buat? Ma..Mana ada Mel buat apa-apa!" Irene cuba untuk mempertahankan dirinya. Dia tahu ayahnya sudah mendapat tahu bahawa dia tidur bersama lelaki lain pada malam semalam.

"Perempuan jenis apa kau ni, Melissa? Aku tak pernah ajar kau menyundal dengan lelaki lain!" Jerit Aldrich kuat. Dia melepaskan rambut anaknya itu sebelum dia menapak ke almari besar Irene. Pintu almari itu dibuka sebelum tangannya mencapai tali pinggang.

Dia kembali mendekati Irene. Tubuh Irene dipegang sebelum dia memukul kuat tubuh anak perempuannya itu dengan tali pinggang. Irene sudah meronta-ronta minta dilepaskan. Sakit tidak mampu ditahan.

"Sa..Sakit, Daddy.." Ucap Irene bersama air matanya yang sudah mulai mengalir. Dia mengerang kesakitan apabila merasai tubuhnya terasa perit.

Aldrich memukul lagi anaknya dengan tali pinggang. Dia sudah tidak kisah tentang anaknya ini. Sakit ataupun tidak, dia tidak mahu ambil tahu. Dia hanya tahu untuk melepaskan segala marahnya.

"Kau kenapa, Irene Melissa?! Kalau kau tidur dengan lelaki lain, aku boleh terima lagi. Ini kau pergi menyundal dengan lelaki tu dah kenapa?! Apa masalah kau ni, Mel?" Ucap Aldrich lalu dia memukul anaknya buat kali ketiga. Pukulannya kali ini lebih kuat berbanding tadi. Terjerit kuat Irene apabila dipukul teruk oleh ayahnya sendiri.

"Be..Berhenti, Daddy.. Sa...Sakit.." Rayu Irene. Dia menangis teresak-esak. Perit rasa tubuhnya yang dipukul itu.

"Kau fikir sakit kau je, Melissa? Kau tak fikir kecewa aku ni? Aku kecewa bila anak aku sanggup main dengan lelaki lain walaupun dia dah ada suami. Kau sedar tak kau tu ada suami, Irene Melissa?! Perempuan jenis apa kau ni?!" Aldrich mencampak jauh tali pinggang dari tangannya. Dia terduduk kecewa di hadapan Irene.

Perlahan-lahan Irene mendekati tubuh ayahnya. Dia menyentuh perlahan tangan ayahnya yang sudah mulai berkedut itu.

"Jangan sentuh aku, Melissa. Aku bapa tak guna. Aku tak layak jadi bapa kau. Aku tak pandai didik anak. Aku punca anak aku buat benda terkutuk dengan lelaki lain." Ujar Aldrich perlahan. Dia benar-benar kecewa dengan anak perempuannya. Inilah satu-satunya anak yang dia ada.

"Ta..Tak.. Daddy tak gagal. Mel yang jahat.. Mel tak fikir hukum.." Ucap Irene sebelum dia menyeka air matanya yang masih mengalir laju itu. Dia benar-benar menyesal. Dia selalu buat keputusan bodoh sebelum berfikir.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now