49 || ERDEN'S ✧.*

6.1K 432 118
                                    

tak adalah. belum habis lagi. tipu sikit je hehe.

BUSHHHH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUSHHHH

"ERDEN CARL!! BANGUN!! DAH PUKUL BERAPA NI?! SAMPAI BILA YOU NAK TIDUR?! PERGI MANDI SEKARANG!!" Jerit Irene kuat dan memukul perlahan tubuh suaminya yang sudah basah lencun akibat disimbah air olehnya.

Terus segar mata Carl apabila disimbah tiba-tiba. Mahu lemas dibuatnya. Dia menoleh ke arah si isteri yang sudah bercekak pinggang bersama baldi di tepinya.

"Apa kau buat ni, mangkuk?! Habis basah tilam aku!" Dia merenung tajam wajah isterinya yang selamba menayangkan senyuman kepadanya.

"You ni tidur mati ke? Banyak kali alarm you berbunyi. I kejut you tak bangun. You mimpi apa?" Soal Irene dalam nada yang agak tinggi. Mana taknya, hampir 10 kali dia mengejut Carl, namun Carl masih lena dibuai mimpi.

"Aku mimpi kau mampos. Kenapalah mimpi tu tak jadi kenyataan.." Ucapnya lalu dia bangkit dari baringnya. Dia membuka bajunya lalu dia baling tepat pada wajah Irene.

Terdiam Irene apabila baju Carl selamat mendarat di wajah bersihnya. Dia menarik baju itu lalu dia merenung tajam wajah suaminya.

"Sampai hati you campak baju you dekat muka I?! You tahu tak I dah pakai skincare tadi?! Ish you ni!" Irene menjeling. Nasib baiklah suami, kalau tidak sudah lebam wajah Carl ditumbuk.

"Sampai. Kalau tak sampai tak adanya aku baling." Jawab Carl selamba. Dia masih setia duduk di atas katil itu walaupun katil itu sudah sepenuhnya basah.

Carl memandang wajah isterinya dengan penuh tanda tanya. Mimpi yang masuk dalam tidurnya malam tadi seperti ramalan akan datang.

"Bee..." Panggil Carl. Laju Irene memandang Carl sebelum dia mengangkat keningnya.

"Apa?" Soal Irene hairan. Tadi dah membebel, ini panggil-panggil orang pula.

"Kau ada simpan apa-apa rahsia dari aku ke?" Soalan Carl itu membuatkan Irene terdiam seribu bahasa. Mulutnya seakan terkunci. Matanya memandang saja wajah suaminya itu.

"Ra—rahsia apa? Mana ada I simpan apa-apa rahsia dari you." Jawab Irene lalu dia mengambil selimut tebal Carl yang sudah basah itu.

"Jujur dengan aku, Irene. Aku tak nak kau menipu." Garau suara Carl berkata. Irene sudah menelan air liurnya.

"Tepi. I nak tukar cadar you." Sengaja Irene menukar topik perbualan. Dia tidak tahu apa mimpi Carl sehingga Carl tiba-tiba membuka topik tentang rahsianya.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now