59 || ERDEN'S ✧.*

6.9K 557 88
                                    

BAJU dimasukkan ke dalam mesin basuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAJU dimasukkan ke dalam mesin basuh. Setelah selesai semuanya, Irene melabuhkan duduknya di atas kerusi yang berada di dobi itu. Kini kerjanya hanya menunggu baju yang dibasuh itu siap sahaja.

"Lama dah ke kau dekat sini?"

Laju Irene menoleh ke kanan melihat siapa yang menegurnya. Dia tersenyum kecil sebelum menjawab pertanyaan jejaka itu.

"Baru je sampai." Jawab Irene bersama wajah yang agak ceria. Mungkin kerana ada kawan di sini?

Irene memandang jejaka itu hairan. Irene ingatkan semalam adalah pertemuaan pertama dan terakhir mereka. Tidak sangka pula hari ini mereka bertemu lagi.

"Macam mana you boleh tahu I ada dekat sini? You skodeng I eh?" Soal Irene dengan tawa kecilnya.

Adriel tersenyum mendengar soalan Irene.

"Aku pun nak basuh baju juga." Ujar Adriel lalu dia turut memasukkan pakaiannya di dalam mesin basuh.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Irene. Mereka berdua sama-sama menunggu pakaian mereka siap dicuci.

"Kenapa you basuh baju dekat dobi? You duduk sini dah lama kan? Tak akanlah setiap hari you basuh baju dekat sini?" Soal Irene hairan. Kaya betul basuh baju tiap hari dekat dobi lelaki ni.

"Mana kau tahu aku duduk sini dah lama?" Adriel memandang wajah Irene dengan hujung matanya.

Terus berubah riak wajah Irene mendengar itu. "I teka je. Betul kan you duduk sini dah lama?"

Adriel angguk. "Mesin basuh aku dekat rumah rosak pula tiba-tiba. Terpaksalah aku basuh baju dekat dobi. Tak sangka pula jumpa kau dekat sini."

Irene mengangguk tatkala mendengar jawapan Adriel. Ingatkan skodeng kita tadi.

"Kau dah lama duduk sini?" Soal Adriel pula. Irene menoleh ke kanan melihat wajah si jejaka di sebelahnya.

"Baru 2 minggu." Jawab Irene lalu dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Kenapa kau datang Korea? Kau ada masalah ke? Bergaduh?"

Terkunci mulut Irene mendengar itu. Dia tidak mahu meluahkan segala perasaannya terhadap lelaki yang baru saja dikenali.

Melihat Irene diam, Adriel sudah pasti Irene ke negara ini kerana mempunyai masalah.

"Kalau ada masalah, selesaikan. Bukannya lari. Besar mana pun salah tu, lama-lama nanti akan dimaafkan juga." Ucap Adriel tiba-tiba.

Tersenyum kecil Irene mendengarnya. Betul ke salahnya akan dimaafkan oleh Carl? Salahnya bukan kecil, malah terlalu besar. Mustahil untuk suaminya memaafkan segala silapnya dulu.

"Jangan junjung ego. Ego punca segalanya musnah. Kalau kau ego, suami kau pun ego, sampai bila nak selesai? Sepatutnya bila dah dirikan rumah tangga, kenalah kuat terima ujian."

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now