33 || ERDEN'S ✧.*

5.4K 347 14
                                    

BEG bagasinya ditarik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEG bagasinya ditarik. Kaki melangkah keluar dari airport. Seharian dia berada di dalam kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Keluar saja dari kawasan airport, matanya melilau mencari grab yang sudah ditempah.

Matanya tertancap pada kereta grab yang ditempah itu. Laju kakinya melangkah ke arah grab itu sebelum dia meloloskan diri ke dalam perut kereta.

Sampai saja di hadapan rumah agam keluarga si suami, Irene menolak pintu pagar besar itu. Dia berjalan perlahan-lahan sebelum pintu utama rumah agam itu dibuka.

Carl dan yang lain terus menoleh ke arah pintu apabila terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Carl terdiam seketika melihat si isteri yang baru saja masuk ke dalam rumah.

Irene hanya mengabaikan saja pandangan Carl dan yang lain ke arahnya. Dia meneruskan langkahnya menuju ke bilik tetamu. Beg ditarik.

Berkerut dahi Carl melihat Irene yang jalan dalam keadaan terjengket-jengket dan perlahan. Laju Carl bangun dari duduknya dan mengejar si isteri.

Baru saja Irene mahu menutup pintu, tangan Carl sudah menahan. Terkejut Irene melihat Carl yang berada di hadapan pintu biliknya itu.

"Kenapa?" Soal Irene hairan.

"Kenapa dengan kaki kau?"

Irene menjatuhkan pandangannya ke arah kaki. Carl nampak ke kakinya luka? Rasanya luka berada di bahagian peha.

"Jawablah, Melissa.." Carl menikam tajam anak mata si isteri. Irene ragu-ragu untuk menjawab. Dia tidak mahu membuka aib ayahnya.

"Ta.. Tak ada apa-apa. Jatuh sikit je." Tipu Irene. Dia terpaksa menipu suaminya. Dia tidak mahu Carl tahu bahawa dia didera oleh Aldrich.

"Jangan tipu aku. Aku tahu kau tak jatuh. Jujur dengan aku, Melissa. Apa jadi dengan kau?" Carl menolak pintu bilik isterinya sebelum tangan isterinya ditarik. Pintu bilik itu ditutup lalu dikunci.

Tubuh isterinya ditarik duduk di atas katil. Carl menarik kerusi lalu diletakkan di hadapan Irene. Irene terkedu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Cerita dengan aku. Apa je yang kau buat dekat sana?" Carl memandang wajah si isteri. Dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku.

"Tak ada apa pun. Mana ada apa-apa jadi. You tengok muka I ni.. Okay je kan?" Irene memegang wajah yang suci bersih itu. Tiada langsung kesan luka ataupun lebam.

Carl menjeling. Tanpa segan silu, dia menyelak kain Irene. Dia hanya mahu memastikan keadaan isterinya terjaga.

"WOI!!" Jerit Irene sebelum dia menarik kembali kainnya yang diselak oleh Carl. Carl terkejut mendengar jeritan dari mulut isterinya.

"Apa benda kau ni?! Aku tengok kaki kau je! Bukannya aku nak goda kau!" Carl memutarkan bebola matanya. Wajah Irene ditenung tajam.

Irene menghela nafas lega apabila dia sempat menarik kainnya kembali. Kalau tidak, pasti Carl sudah nampak kesan lebam di pehanya.

𝐄𝐑𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐁𝐄𝐄 ©Where stories live. Discover now