Prolog

46K 1.3K 17
                                    


Bunyi loceng menandakan kelas yang ketiga bagi pelajar tingkatan 4 akan bermula. Adelia Humaira meletakkan kepalanya ke atas meja beralaskan kedua-dua tangannya.

"Woii !" jerit seseorang dengan kasar di telinganya. Tidak cukup dengan itu , mejanya ditendang kasar. Perlahan-lahan Adelia mengangkat wajahnya dan melihat si pelaku.

"Apa kau nak ?" soal Adelia dengan malas. Dia penat , dia ngantuk. Semalam seharian dia tidak tidur gara-gara keadaan mama-nya yang tidak stabil di hospital. Ikutkan hati , tak hingin dia duduk belajar di sekolah sekarang tapi memandangkan mama-nya yang nak sangat dia pergi sekolah. Dia ya-kan sahajalah.

"Buku latihan aku mana !? Kau dah siap ke belum kerja sekolah aku !!?" tengking seorang pelajar perempuan ke arahnya. Adelia memandang si dia dengan meluat.  Dasar hipokrit betul minah ni , dalam sekolah perangai macam setan , mentang-mentang ni sekolah perempuan , berani tunjuk taring tapi bila keluar sekolah nampak lelaki je terus ayu , pijak semut pun tak mati !

"Dah.." balas Adelia dengan malas.

"Dah tu bak lah buku aku." pinta Syikin dengan kasar.

"Duit aku mana ?" soal Adelia.

Dua keping duit seringgit dihulurkan kepadanya. "Banyak lah kau dua ringgit.." perli Adelia.

"Aduh kau ni. Setakat tiru jawapan dalam buku kau je kan !?" luah Syikin dengan tidak puas hati.

"Kalau aku buat macam tu , dah lama cikgu perasan jawapan aku dengan kau sama , mangkuk." balas Adelia.

"Lima ringgit." kata Adelia lagi.

"Cekik darah lah kau !" marah Syikin tetapi dia menghulurkan juga duit lima ringgitnya.

"Lain kali buat sendiri kerja sekolah. Free of charge." sindir Adelia tanpa rasa takut melihat muka garang Syikin. Buku latihan Syikin dipulangkan semula kepada tuannya.

Tidak lama selepas itu , guru mata pelajaran ketiga untuk hari ini masuk. Raut wajah guru itu agak lain daripada hari-hari sebelum ini. Sebaik sahaja cikgu masuk ke kelas , matanya melilau melihat sekeliling kelas.

"Ya Allah Adelia !!" teriak cikgu itu saat mata Adelia berlaga pandangan dengan gurunya.

"Ada apa cikgu ?" soal Adelia dengan malas. Tanpa menerangkan perkara sebenar , cikgunya meminta Adelia mengikutnya keluar kelas.

"Adelia bawa bersabar banyak-banyak ya." kata Cikgu Fatimah sebaik sahaja mereka tiba di kaki lima kelas.

"Kenapa ni cikgu ?" soal Adelia dengan tidak sedap hati. Dia dapat merasakan berita buruk bakal dikhabarkan oleh cikgu Fatimah.

"Pihak hospital telefon pihak sekolah , mereka beritahu sekolah yang ibu kamu baru sahaja meninggal dunia." kata Cikgu Fatimah. Melihat gadis di hadapannya senyap membisu membuatkan hati ibunya sedih melihat keadaan Adelia.

"Sabar ya sayang." pujuk Cikgu Fatimah. Dia menarik Adelia ke dalam pelukannya. Tubuh belakang Adelia diusap lembut sebelum pelukan direnggangkan.

"Cikgu bawa kamu ke hospital. Kamu kemas barang-barang kamu sekarang." kata Cikgu Fatimah lagi. Adelia segera berlalu ke dalam kelas tanpa bersuara.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Apabila Adelia dan beberapa orang cikgu sekolah tiba di hospital , arwah mama-nya sudah siap dikafankan oleh pihak hospital untuk memudahkan keluarga arwah membawa arwah pulang.

Adelia merasakan dirinya seperti menerima tamparan kuat di wajahnya saat melihat sendiri tubuh ibunya yang sudah dikafankan.

"Adelia , cikgu ada sayang. Biar kami uruskan ya.." pujuk Cikgu Fatimah saat melihat wajah Adelia seperti hilang arah.

Adelia tidak menolak , dia hanya berdiam diri sahaja. Tidak lama selepas itu , dia melihat cikgu-cikgunya berbincang dengan pihak hospital. Adelia memandang semula ke arah katil yang menempatkan tubuh kaku arwah.

Tidak lama selepas itu , cikgu Fatimah mendekatinya semula. "Adelia boleh tak call jiran-jiran tertangga untuk khabarkan mereka perihal ibu Adelia. Cikgu-cikgu yang lain dah bincang yang kita akan terus ke masjid untuk uruskan jenazah di sana. Ke Adelia nak bawa ibu balik rumah ?" soal Cikgu Fatimah dengan lembut.

Adelia tidak tahu apa patut dia buat , dia memandang ke arah tubuh ibunya dengan pandangan kosong.

"Adelia Humaira !"

Perhatian mereka tertumpu kepada pemilik suara itu. Pasangan suami isteri berjalan laju ke arah mereka semua.

"Encik ni siapa ?" soal Cikgu Fatimah.

"Saya papa Adelia Humaira." jawab lelaki  sekitar lewat 30-an.

Pasangan suami isteri itu mendekati Adelia yang seperti hilang arah. "Papa and mommy ada sayang." pujuk wanita disebelah lelaki itu dengan lembut. Tubuh Adelia , anak tirinya dipeluk erat. Sesekali dahi Adelia dia cium sayang.

"Mommy and papa ada sayang." pujuk Puan Kasih Azlyn. Tuan Wafiq Zaith memandang anaknya yang sedang ditenangkan oleh isterinya.

"Cikgu , segala urusan berkaitan arwah biar saya dan isteri saya ambil alih. Terima kasih atas bantuan cikgu semua kepada anak saya dan juga arwah isteri saya." ucap Tuan Wafiq Zeith. Sengaja dia sebut arwah isteri dan bukannya arwah bekas isterinya.

Raut wajah Adelia masih tidak berubah. Dia hanya memandang kosong ke arah mama-nya. Pilu hati mereka yang melihat.

"Mulai hari ni , mommy and papa akan jaga Adelia ya sayang ?" kata Puan Kasih Azlyn dengan lembut.

Masih tiada balasan dari Adelia.

"Kenapa Lia tak call papa dengan mommy ?" soal Puan Kasih dengan berhati-hati.

"Sebab nanti papa akan pisahkan Lia daripada mama." balas Adelia. Wajah Puan Kasih dipandangnya tanpa sebarang reaksi.

"Kenapa Lia cakap macam tu ? Papakan sayang Lia."

"Mama yang cakap."

"Tak ada sesiapa yang boleh pisahkan Lia dengan mama Lia. Termasuk papa dan mommy." balas Puan Kasih. Dia tak sangka Wawa sanggup katakan yang mereka akan pisahkan Adelia dari ibu kandungnya.

Tidak lama selepas itu Tuan Wafiq mendekati mereka berdua. "Arwah akan dihantar pulang ke masjid Sungai Harmoni. Kita dah boleh gerak untuk ke masjid." ajak Tuan Wafiq.

"Lia nak ikut papa ke atau Lia nak ikut mama ? Naik van jenazah." soal Tuan Wafiq.

"Ikut mama." balas Adelia. Dia berjalan mengikut pekarja hospital yang menolak katil arwah.

"Abang pergi lah sekali dengan Lia. Biar Kasih bawa kereta." kata Puan Kasih pada suaminya. Tuan Wafiq mengangguk , dia menyerahkan kunci kereta kepada isterinya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Lia , mulai hari ini. Lia bawah jagaan papa dan mommy." kata Tuan Wafiq Zaith sebaik sahaja majlis tahlil malam ketiga tamat.

Adelia tidak membalas.

"Esok ikut papa dan mommy balik."

Tiada balasan.

Satu keluhan berat terlepas dibibir Tuan Wafiq. Sejak dia bertemu dengan anaknya selepas arwah Wawa pergi , risau dia dibuatnya. Adelia bukan sahaja tidak menangis , dia juga langsung tak bersuara dan kalau bersuara hanya betul-betul perlu sahaja itu pun sepatah dua sahaja.

"Nanti papa and mommy teman Lia balik rumah ambil barang-barang Lia." kata Tuan Wafiq.

"Tak perlu."

"Lia tak nak bawa sekali ke barang-barang Lia ?" soal Tuan Wafiq lagi.

"Tak nak." balas Adelia.

Tuan Wafiq terdiam.











×××

Jangan lupa promotekan cerita ni tau ✨

Vote & Comment jangan lupa👌

Adelia HumairaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα