24 - Rindukan Syariff

16K 872 9
                                    

Selepas berbulan tamatnya pengambaran Penjara Hati. Akhirnya Malam Gala Penjara Hati akan berlangsung pada malam itu. Bertempat di salah sebuah pawagam di area Bukit Bintang.

Adelia melangkah turun ke ruang tamu rumah teres mereka. Terbeliak besar mata Vince melihat pakaian Adelia.

"Tuanku , baju apa ni tuanku !?" bising Vince. Adelia melihat pakaian dengan riak muka kosong.

"Kenapa dengam baju saya ?" soal Adelia.

"Ni nak pergi gym ke nak pergi tengok wayang ?" soal Vince.

"Ni trend kat Malaysia sekarang la , Vince." balas Adelia. Vince menggeleng. Dia tak setuju , trend ke tak trend ke , dia tidak sama sekali setuju.

"Tuanku puteri raja. Setiap apa yang tuanku buat harus diteliti kerana ia melambang imej negara kita , Lusia." kata Vince dengan semangat patriotik yang membara. Adelia tergelak kuat melihat reaksi Vince.

"Masalahnya Vince , tak ada sesiapa yang tahu siapa saya kan ? Chill la." Adelia ingin berlalu ke muka pintu rumah mereka tetapi dihalang oleh Vince.

"Tuanku , patik tidak izinkan." Vince terus menarik tubuhnya naik ke bilik dia untuk menukar pakaian.

"Ala , Vince !"

Vince tidak endahkan. Masuk sahaja bilik Adelia , dia turus membuka almari Adelia untuk mencari pakaian yang sedap mata memandang.

"Ni , pakai dress ni." Vince menghulurkan sehelai dress labuh bewarna peach. Adelia mengambil juga dengan terpaksa. Vince tersenyum puas sebelum dia melangkah keluar dari bilik Adelia.

"Tuanku , janganlah marah-marah ni semua atas arahan baginda Sultan. Dia tak suka bila tuanku berpakaian sebarangan walaupun tiada siapa tahu identiti tuanku." kata Vince dari luar bilik. Tidak lama kemudian , pintu bilik dibuka. Wajah masam Adelia dipandangnya. Rasa nak tergelak pun ada. Dia tahu , semenjak dua menjak ni dia agak terlalu ketat dengan cara permakaian Adelia.

"Jom." ajak Adelia. Nak gaduh lebih-lebih pun Vince hanya menurut perintah.

Mereka berdua tiba dipawagam , Adelia melihat jam di pergelangan tangannya. Rasanya dia sampai tepat , tak sangka dah ramai peminat yang datang.

Semenjak malam dia dan Fariz menjemput keluarga diraja , bilangan peminatnya semakin meningkat ! Hari ke hari makin banyak tawaran kerja dia dapat. Memang rezeki betul !

Selain dia popular , peminat misterinya juga popular. Setiap kali dia berada di set kerjanya , pasti Syariff akan menyuruh orang dia menghantarkan sesuatu kepadanya. Pernah sekali , Syariff menempah food truck untuk ke set pengambaran.

Sampai sekarang semua orang tertanya , siapakah gerangan yang sanggup memberikan hadiah kepada seorang pelakon baru seperti dirinya.

"Adelia !" tegur Aiman , salah seorang watak sampingan movie Penjara Hati. Vince dan Adelia menoleh ke arah suara itu.

Aiman berjalan ke arah mereka dengan manager-nya. "Dah boleh masuk ke ?" soal Aiman kepada Adelia.

"Dah kut , sebab aku tak nampak lah pula pelakon yang lain." jawab Adelia. Dia memandang sekelilingnya , tiba-tiba di dalam lautan manusia yang beratur untuk masuk ke dalam pawagam , dia terpandang akan seseorang yang sangat dia kenali.

"Nerd." bisik Adelia tanpa sedar. Aiman menoleh ke arahnya.

"Nerd ?" soal Aiman. Adelia tersengih malu. "Tak ada apalah.." balas Adelia.

"Ya Allah , Aiman , Adelia. Jumpa pun kau orang berdua." tegur salah seorang crew Penjara Hati.

"Tahu tak semua orang dah tunggu korang di bilik menunggu." kata crew tersebut.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now