33 - Marah

14.3K 842 24
                                    

"Ira Adelia !!"

"Ira Adelia , apa hubungan Ira dengan lelaki yang digossipkan dengan Ira ?"

"Apakah gossip itu betul ??"

"Ira-Ira.."

Adelia kehilangan kata saat dia menjejakan kaki di KLIA. Macam mana reporter tahu dia ada dekat KLIA ?

"Maaf maaf. Nanti kami akan keluarkan statement kami." kata Vince. Dia berusaha mengawal keadaan tetapi wartawan-wartawan itu semua masih tidak puas hati dengan jawapan Vince. Mereka inginkan jawapan dari mulut Adelia.

"Malam ni , pukul 8.00 malam. Hotel Legend. Press conference untuk gossip ni. We will answer all your question  tonight." baik Adelia dan Vince , mereka berdua terkejut mendengar keterangan lelaki itu.

Syariff !?

Semua wartawan juga seakan-akan tidak dapat tangkap dengan apa yang disampaikan oleh Syariff.

"Encik ni siapa ?" soal salah seorang wartawan.

Syariff tidak menjawab. Dia memberi arahan kepada bodyguard-bodyguard-nya untuk mengawal keadaan. Mereka terus menghalang wartawan-wartawan dari menghampiri Adelia. Syariff segera mengiringi Adelia ke kereta.

Dia membukakan pintu kereta untuk Adelia di sebelah seat pemandu.

"Sya—"

"Kita talk later , okay. Now awak masuk dulu." arah Syariff. Sebaik sahaja menutup pintu.

"Bos.." tegur orang suruhan Syariff. Dia membuka pintu kereta sebelah pemandu kepada Syariff.

Syariff segera ke sebelah pemandu , orang suruhannya mengangguk sedikit apabila melihat Syariff. Syariff turut membalas dengan anggukan kecil.

"Kita nak pergi mana ?" soal Adelia apabila kereta mula dipandu oleh Syariff.

"Kita ada lagi 6 jam before press conference. Kita pergi makan nak ?" ajak Syariff setelah melihat waktu di jam tangannya.

"Awak nak cakap apa dekat reporter tu semua nanti ?" soal Adelia. Soalan Syariff tidak dijawab.

"Makan nasi okay tak ? Saya lapar sangat ni." Syariff juga tidak menjawab soalan Adelia.

"Syariff , saya serius ni."

"Saya pun serius. Nak makan apa ni ?" soal Syariff.

Adelia sudah menarik muka.

Syariff melepaskan keluhan kecil.

"Awak tak percayakan saya ?" soal Syariff.

"Siapa kata tak percaya ? Saya tanya awak , awak nak cakap apa. Jangan nak berbelit-belit." balas Adelia dengan geram.

"If awak percayakan saya , awak tak tanyalah saya semua tu." balas Syariff lagi.

"Awak ni kenapa ?" soal Adelia apabila Syariff seperti emo tidak bertempat. Sejak semalam lagi Syariff berkelakuan sebegini.

Syariff diam.

"Syariff , saya tak ada masalah nak layan protes awak." marah Adelia. Syariff tetap juga senyap.

"Fine , Stop the car !!" arah Adelia dengan geram. Wajah Syariff ditenung bagai hendak bunuh. Syariff terus memberikan isyarat untuk berhenti di tepi.

"Dah. Nak keluar ? Keluarlah !" balas Syariff. Dia memandang sinis ke arah Adelia. Sakit hati Adelia apabila Syariff melayannya seperti acuh tak acuh sahaja.

"Ingat aku tak berani ke ha !!?" pekik Adelia. Dia melangkah keluar dari kereta dan menutup kuat pintu kereta. Tidak lama selepas itu , kereta Syariff meluncur laju meninggalkan Adelia di tepi highway.

"Sya—" tergamam Adelia.

Syariff betul - betul tinggalkan dia di sini. Adelia dengan geram melangkah juga di tepi highway itu. Sakit hati dia melayan angin tak betul Syariff ! Period ke apa !?

Tidak jauh berjalan , kelihatan kereta Syariff berhenti di tepi highway. Ketika bersilih , Adelia langsung tidak berhenti melangkah. Menjeling pun tidak , dia ignore seperti kereta tu tak wujud.

Syariff menurunkan tingkap bahagian seat sebelah pemandu. "Tak nak masuk ke ?" soal Syariff.

Adelia tidak menjawab. Syariff melangkah keluar dari keretanya. "Lia !"

Adelia tetap buat bodoh.

"Adelia Humaira !"

"Apa !!?" pekik Adelia dengan geram. Dia menoleh melihat Syariff di belakang.

"Masuk kereta sekarang !" arah Syariff.

"Kau halau aku kan tadi !" marah Adelia.

"Tu denda kau !" balas Syariff.

Adelia terus melangkah. Syariff menghembus nafas kuat. "Lia, aku kata masuk kereta kan ? Kau nak berjalan berapa lama lagi ?" soal Syariff dengan bengang. Dia berjalan mengejar langkah Adelia. Bahu Adelia disentuhnya , saat dia menarik Adelia agar menoleh ke arahnya terkejut dia.

"Adelia.. Kau.."

Adelia menangis !

"Kau lah !" marah Adelia. Tangan Syariff dibahunya ditepis.

"Aku minta maaf."

"Tak payah , kau dah tak sayang aku kan ? Duk marah-marah , layan aku nak tak nak dari semalam kan !? Tak payah nak minta maaf !" marah Adelia. Air matanya laju mengalir. Dia mula menangis tersesak-esak dan merengek seperti anak kecil yang inginkan perhatian.

Dalam tangisnya sempat lagi dia menjerit dengan geram. Terkejut Syariff.

Air mata Adelia disapu lembut.

"Patutnya kau yang pujuk aku , bukan aku pujuk kau." kata Syariff dengan lembut. Dia masih lagi menyapu lembut air mata Adelia. Adelia merenung tajam ke arah Syariff apabila lelaki itu kata sedemikian.

Dahi Adelia dijentik perlahan oleh Syariff. Terkejut Adelia. Besar kecil besar kecil sahaja dia melihat Syariff yang tersenyum di hadapannya.

"Semalam kau tahu tak aku terasa bila kau kata kau tak nak public tahu hubungan kita lepas kahwin nanti ?" soal Syariff.

Adelia menggeleng.

"Aku terasa and aku tak setuju. Bila dah kahwin , aku kalau boleh nak satu dunia tahu siapa wife aku." kata Syariff lagi.

"Kau suka ke aku buat bodoh dengan kau ?" soal Syariff.

"Kau suka aku ignore kau bila kita dikhalayak ramai ?" soal Syariff lagi.

Adelia cepat-cepat menggeleng. Syariff baru marah sikit , dia dah terasa hati dengan Syariff apatah lagi kena ignore dengan Syariff.

"Tapi aku suka berlakon.. Kalau orang tahu siapa aku , tak ke nanti tak ada siapa dah nak ambil aku berlakon ?" soal Adelia.

"Yeke ?"

"Yelah , tak pun. Nanti semua orang layan aku lain dari cara mereka layan aku sekarang." adu Adelia.

"Tuanku , apa kata kita tidak fikir lagi perihal tu. Lambat lagi dan Insya -Allah patik akan berbuat sesuatu agar masalah tuanku dapat diatasi. Setuju ?" soal Syariff. Lambat-lambat Adelia mengangguk.

"Jom , patik lapar. Tuanku okay tak kita makan nasi ni ?" soal Syariff.

"Okay."

Mereka berdua kembali masuk ke dalam kereta. Rasa kelakar pula buat drama air kata tepi highway. Nasib baik tiada pemandu yang cam siapa yang buat drama dekat tepi jalan.

Nenda tahu ni mahu bergegar satu dunia !












×××

Korang jangan lupa vote tau ✨

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now