51 - Rumah kita

16.6K 836 10
                                    

Syariff memimpin Adelia dengan berhati-hati ketika melangkah masuk ke dalam rumah baru mereka. Rumah ini dia sendiri yang reka khas dengan kerjasama arkitek dari Lusia sebagai hadiah perkahwinannya kepada Adelia.

Rumah banglo tiga tingkat , satunya adalah tingkat bawah tanah. Masuk sahaja pagar utama , tersegam indah rumah banglo dengan halaman rumah yang luas. Tersusun kereta di porch manakala sekeliling rumah dipenuhi dengan bunga yang tersusun cantik dan di satu penjuru terdapat kolam ikan beserta air terjun buatan. Manakala kawasan belakang rumah mempunya kolam renang yang permukaannya boleh ditutup dengan lantai kayu dengan menggunakan remote kawalan. Jadi , nak buat event makan-makan senang.

Tangan Adelia dipegang erat oleh Syariff.
"Hati-hati , depan tu ada dua anak tangga." tegur Syariff.

"Lama lagi ke wak ?" soal Adelia dengan teruja.

"sikit lagi.." balas Syariff. Sebaik tiba di ruang tamu. Dia mengira sampai tiga sebelum membenarkan Adelia melihat sekeliling.

"SURPRISE SAYANG !!" kata Syariff.

Adelia terpaku melihat sekeliling ruang tamu.

"Kita dekat mana ni ?" soal Adelia.

"Rumah kita sayang. Khas untuk awak." jawab Syariff.

Adelia melihat sekeliling ruang tamu yang lengkap. Cantik sangat !

"Banglo 2 tingkat. Tak sebesar istana mahupun rumah family saya but nice for us and our future son." terang Syariff.

"Sebabkan awak baru habis kerja pagi buta ni , esok je la saya bawa awak tour satu rumah." putus Syariff. Dia memimpin tangan Adelia agar mengikutinya.

"Jom saya bawa awak ke bilik kita dulu before kita tidur." ajak Syariff. Terangkat kening Adelia mendengar ajakan Syariff.

"Kita tak tidur kat bilik kita ke ?" soal Adelia.

"Tak."

"Why ?"

Syariff tidak menjawab. Sebaik sahaja tiba di hadapan master bedroom , Syariff membukakan pintu untuk Adelia masuk dan lihat. Apabila lampu terang berderang , kelihatan bilik itu kosong. Dinding hanya bercat putih sahaja. Langsir pun tak ada. Hanya ada lampu dan kipas.

"Kenapa kosong ?" soal Adelia.

"Ni kan bilik tidur kita. So saya nak kita yang hias dan aturkan semuanya." cadang Syariff.

Adelia melangkah masuk ke dalam bilik mereka , terdapat beranda di bilik mereka. Beranda itu juga kosong.

"Nampaknya ada banyak benda kita nak kena buat." kata Adelia.

"Do you like it ?"

"Love it !" balas Adelia.

"Bilik kita menghadap apa ?" soal Adelia.

"swimming pool and sunset." jawab Syariff.

Adelia membuka pintu bilik air , kelengkapan bilik air semua lengkap. Dia berjalan ke satu bahagian bilik yang seperti sedia terasing dari bahagian tempat tidur.

"This will be our closet tapi tak ke kecil untuk kita ? Bukan nak show off but baju saya berkali ganda banyak dari awak." kata Adelia.

Syariff tergelak kecil. Tak perlu cakap pun dia tahu. Dia mencapai remote kecil dan menekan sesuatu. Tiba-tiba dinding ruang tersebut terangkat dan menunjukan ruang yang lebih besar.

"WOW !! Saya dah boleh imagine how our closet will be look like. This is amazing." kata Adelia dengan teruja. Adelia melangkah masuk ke dalam bahagian tersembunyi itu. "Boleh letak barang - barang beharga." kata Adelia.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now