57 - Lusia dalam bahaya

13.9K 844 46
                                    

Bunyi alarm dari telefon menyedarkan Adelia untuk bangun di pagi hari. Melalui biasan cahaya dari beranda Adelia boleh nampak kelibat satu lembaga sedang duduk di hujung kakinya dan merenung ke arahnya.

"Sy..Syariff ?" tegur Adelia dengan sedikit terkejut. Syariff memandang kosong ke arah Adelia sebelum bangun dan melangkah ke beranda tanpa berkata sepatah pun.

Adelia terus bangun dari katilnya dan melangkah ke beranda , tenang je pagi ni dekat beranda. Udara sejuk , dengan dikelilingi bunga di beranda. Terasa nyaman. Dia mendekati Syariff yang leka dengan kerjanya di kerusi buaian yang tidak jauh dari meja kopi di beranda ini. Dalam kerusi buaian yang berbentuk sarang burung bulat , tangan Syariff laju menekan setiap kekunci laptopnya.

"Awak tak tidur malam tadi ?" soal Adelia.

"Tak."

"Awak buat apa duduk dalam gelap tadi ? Kenapa tak kejut saya ?" soal Adelia lagi.

"Recharge."

Berkerut dahi Adelia mendengar jawapan Syariff. Recharge apa duduk depan dia ? Ke mamat ni maksudkan recharge diri dia dengan tengok muka aku ?

"Dah full ke bateri tu ?" soal Adelia , dia menarik kerusi untuk duduk di hadapan buaian itu.

Syariff tidak menjawab , perhatiannya hanya pada laptop. Adelia memandang Syariff dengan muka tak puas hati , dah lama betul aku tak jumpa Syariff dengan rendah EQ ! Kenapa tetiba hari ni macam souless ?

Adelia memerhati Syariff yang tidak berkelip menatap paparan laptopnya. Mereka berdua langsung tidak bersuara hanya bunyi papan kekunci laptop ditekan sahaja kedengaran.

Tidak lama selepas itu , Syariff menutup rapat laptopnya dan bangun daripada duduknya. Termanggu sekejap Adelia melihat Syariff yang jalan menonong macam dia tak wujud dekat depan mamat tu.

Melihat Syariff masuk ke dalam tandas , dia mengambil keputusan untuk menunggu Syariff di sofa. Syariff melangkah keluar dari tandas dan mencapai sejadah.

"Awak , tunggu saya. Kita jemaah sekali." ajak Adelia. Syariff tidak pula berkata apa. Dia segera masuk ke dalam tandas untuk mengambil wuduk.

Selesai sahaja subuh , Adelia perhatikan sahaja Syariff yang berjalan ke arah laptopnya. "Banyak sangat ke kerjanya ?" soal Adelia pada Syariff yang telah menukar tempat kerjanya dari luar ke dalam bilik. Lelaki itu duduk di sofa yang terdapat dalam bilik mereka.

Dah serupa zombie dah aku tengok. Bisik Adelia dalam hati. Tanpa menunggu balasan daripada Syariff , Adelia melangkah ke katil semula. Entah apa yang best lah menghadap laptop sampai lupa tido , lupa bini.

Adelia terjaga daripada lenanya , dia tak sedar yang dia tertidur masa merajuk dengan Syariff. Wajah Adelia berubah masam sebaik sahaja bangun dan melihat Syariff masih lagi dengan laptopnya. Dia melangkah masuk ke dalam tandas untuk bersiap dan turun berjumpa dengan ahli keluarga yang lain.

Keluar sahaja dari tandas Syariff masih dalam keadaan yang sama. Adelia terus turun ke ruang tamu , malas dia hendak menegur Syariff. Turun sahaja ke ruang tamu , tak semua sudah berada di ruang tamu. Hanya ahli keluarga yang tua sahaja sudah berkumpul di hadapan televisyen.

"Syariff tak turun sekali ke , Lia ?" tegur Puteri Kasih apabila perasan Adelia yang baru sahaja turun tangga.

"Tak , dia ada banyak kerja." balas Adelia. "Semua dah breakfast ke ? Rasanya butler and chef patutnya dah ada dah pagi ni." kata Adelia pada mereka yang lain.

"Dah , kami semua dah breakfast. Lia pergilah breakfast." balas Puan Rossie , ibu Syariff.

Adelia mengangguk kecil sebelum melangkah masuk ke dapur. "Puan nak makan apa ?" soal chef sebaik sahaja nampak Adelia melangkah masuk ke dalam dapur.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now