73 - Gurau terlebih kasar

14.3K 771 23
                                    

Sudah seminggu berlalu semenjak Syariff keluar dari hospital. Keadaan dia masih sama , dia tidak ingat siapa Tariff. Petang itu , di istana , hanya dia dan Tariff sahaja. Syariff memerhati Tariff yang sedang berenang dengan gembiranya di dalam kolam renang.

"Babah , tak nak join ke ??" soal Tariff. Dia berenang ke tepi kolam renang. Direhatkan dirinya di tepi kolam renang.

Syariff memandang ke arah Tariff bersama senyuman lebar. Rasa lain macam setiap kali Tariff memanggilnya babah. Dia tak rasa beban ataupun tak suka tetapi dia macam ada satu perasan yang buatkan hatinya jadi lembut dan rasa ingin protect orang tersayang itu.

"patut ke babah join ??" soal Syariff.

"PATUT !!" Laju sahaja Tariff menjawab.

Syariff tergelak kecil sebelum dia menunduk dan mengusap kepala Tariff. Baju yang tersarung di tubuhnya dibuka. Tariff bersorak riang melihat Syariff yang sudah bersedia untuk masuk ke dalam kolam.

Syariff menjunam masuk ke dalam kolam renang. "Yeayyy , babah the best !" sorak Tariff lagi.

Syariff terasa segar saat tubuhnya masuk ke dalam kolam , sejuk ! Tariff berenang ke arah Syariff. Dia memeluk belakang tubuh Syariff.

"Babah , selam babah." pinta Tariff, tubuh Syariff dipeluk erat. Syariff yang faham apa yang dimaksudkan oleh Tariff , memegang erat tubuh Tariff di belakangnya. Dia menyelam ke dalam kolam renang , lama dia menyelam di dalam kolam , dia boleh rasa yang Tariff cuba untuk berenang naik atas kerana tak cukup nafas tetapi dia buat bodoh je sekejap tetapi tak lama itu dia terasa Tariff mencakar belakang badannya , segera dia berenang ke atas.

"Babah ni , jahat lah !! suka buli Tariff macam tu !!" marah Tariff.

"babah buat macam tu ke dulu dengan Tariff ??" soal Syariff dengan tidak percaya.

"yelah , babah suka buat macam tu. tengok nanti , Tariff akan kalahkan babah dalam tahan nafas !!" kata Tariff dengan bersemangat. Tergelak Syariff melihat semangat Tariff.

Mereka berdua kembali sambung bermain , sekejap lumba berenang dari hujung ke hujung , sekejap tengok siapa tahan nafas paling lama dan macam-macam lagilah.

Malam itu , barulah Adelia balik ke istana. Nasib baik dia sempat balik sebelum makan malam. "Lia dari mana ? dah nak dekat maghrib baru balik ?" soal Sultan Wafiq.

Terdiam semua orang. Syariff pun tertanya - tanya juga ke mana Adelia pergi memandang dia sedar dari tidur petangnya Adelia sudah tiada.

"Lia pergi HQ perfume Lia. Dah lama tak pergi sana." balas Adelia.

"Syariff tahu ?" soal Sultan Wafiq. Dia menjeling ke arah Adelia yang senyap sahaja.

Sultan Wafiq tidak berkata apa-apa bila Adelia tidak membalas , dia tahu cukuplah sekadar dia ingatkan Adelia dengan menyoal Adelia. Selebihnya , pandai-pandai lah Adelia uruskan.

Apabila malam semakin larut, buat pertama kalinya hanya mereka sahaja di dalam bilik tidur mereka. Sultan Wafiq awal-awal lagi mengarahkan Tariff untuk tidur di biliknya sendiri dan beri ruang kepada babah dan mammanya. Syariff memerhati Adelia yang baru melangkah masuk ke dalam bilik.

"Awak ada brand awak sendiri ke ?" soal Syariff.

Adelia yang terkejut Syariff menegurnya , sedikit lost. "Huh ?"

"perfume."

"Oh , ha'a. Saya baru je buka dalam 2 tahun. Baru lagi laa.. Sorry tau saya tak bagitahu awak saya pergi mana." ucap Adelia.

"Next time bagitahu saya. Tak adalah saya risau." balas Syariff.

"Papa and mommy nikan , macam ada sixth sense tau. Dari dulu tahu je if saya ada buat hal kat belakang dorang." cerita Adelia.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now