74 - Thank you jaga anak kita

14.6K 797 12
                                    

Setelah hampir seminggu lamanya di istana , mereka sekeluarga balik semula ke Malaysia. Syariff orang pertama yang masuk sahaja rumah ajak pusing satu rumah. Tariff pun apa lagi , laju lah dia bawa babah dia pusing satu rumah.

"Babah , babah , babah nak tak pergi ke tempat menembak babah ?" soal Tariff.

"Rumah kita ada tempat menembak ?" soal Syariff dengan teruja.

"Yup , tempat harta karun babah." Balas Tariff. Dia menarik Syariff masuk ke dalam lif. Adelia yang nampak kelibat mereka berdua mula menegur.

"Tariff , Tariff nak turun bawah ke ?" soal Adelia.

"Ha'a ma. Mamma nak ikut ?" soal Tariff.

"Nah , have fun laaa.. Nanti pukul 5 naik. Kita minum petang." tolak Adelia.

"Alright ma." balas Tariff. Masuk sahaja dalam lif , Tariff menekan button L. "Babah , finger print kat sini." Tariff menunjukan tempat finger prints yang auto terbuka apabila menekan 'L'.

"Babah ke yang buat semua ni ?" Soal Syariff dengan teruja. Laju sahaja Tariff mengangguk. Syariff meletakan thumb rightnya. Tidak lama , mereka boleh rasa yang lif turun ke bawah.

Keluar sahaja dari lif , lampu tingkat bawah terbuka. "Jom , bah. Kita menembak. Last year , Tariff ada belajar dengan uncle Hazreeq." Cerita Tariff.

"Tariff belajar dengan uncle ?" Soal Syariff dengan terkejut.

"Yup , dah babah tak ada nak ajar Tariff." Balas Tariff.

Mereka dua beranak bergerak ke bilik simpanan senjata. Pintu dibuka apabila Tariff menggunakan finger printnya. Tanpa menunggu Syariff , Tariff memilihkan pistol buat mereka.

"Okay tak bah ?" soal Tariff. Syariff menyambut pistol tersebut. Mereka berjalan ke ruang menembak. "Bah , tolong isikan perluru , Tariff tak reti." pinta Tariff , dia menghulurkan pistolnya pada Syariff.

Teruja Syariff nak tolong anaknya mana taknya selama ini , bila dia nak tolong tak ada benda dia boleh tolong. Anak dia boleh buat semua benda !

"Nak masukan peluru macam ni." Syariff menunjukan satu persatu step betul. Terangguk-angguk Tariff melihat. Baru sahaja dia nak mengambil pistolnya untuk letak perluru sendiri , Syariff terlebih dahulu mengambil pistolnya.

"Kata minta babah tolong isikan." Tegur Syariff , dia meletakkan perluru seperti yang diminta Tariff.

Pistol dihulurkan kepada Tariff. "Thank you , bah." ucap Tariff.

Dia mula menarik picu saat telah bersedia. 'BANG !'

Mata Syariff memandang tepat ke sasaran Tariff. "Nice shoot !" puji Syariff.

"Babah tak nak shoot ?" soal Tariff.

"After Tariff done." balas Syariff.

Tariff kembali menyambung menembak. 10 tembakan dan tiga daripadanya 10 markah ! "Perlu improve lagi." kata Syariff.

Kini giliran dia , dia menarik picu pistolnya. Saat matanya memandang ke arah target. Target kelihatan tidak jelas.

Tariff seperti perasaan akan perubahan tubuh Syariff yang tiba-tiba bertukar tegang. Syariff menembak kepada sasaran dan sikit sahaja lagi hendak kena 10 markah.

Syariff melepaskan keluhan kecil.

"Babah dah lama tak practice so normal untuk lost skill." Pujuk Tariff.

Syariff tersenyum kecil sebelum kembali fokus menembak. Dia melepaskan tembakan berderet. Tiga daripadanya 10 markah yang lain 8-9.

"Babah pun kena banyak praktis lagi." Balas Syariff.

Adelia HumairaOnde histórias criam vida. Descubra agora