68 - Tariff tak dibenarkan

12.9K 727 11
                                    

Syariff terjaga daripada tidurnya akibat terlalu dahaga. Tangannya meraba di meja sisi katil dalam keadaan gelap , mencari botol mineral.

"Biar Lia tolong abang." tegur Adelia. Dia membuka lampu yang berada di atas kepala katil.

Air diisi ke dalam cawan dan perlahan-lahan dia membantu Syariff minum.

"Thanks , tuanku." ucap Syariff.

Adelia mengangguk , setelah meletakan cawan di atas meja sisi katil , dia kembali memandang ke arah Syariff.

"Kau tak tidur ke ?" soal Syariff.

"Tak."

"Kenapa ?"

"Takut." jujur Adelia.

"Takut ? Kenapa pula nak takut ? Aku ni baru sedar , tangan pun terketar-ketar , tak sempat nak apa-apakan kau dan if kau jerit je Hazreeq mesti dah bangun and tumbuk aku dulu." kata Syariff sambil menjuihkan mulutnya ke arah Hazreeq yang sedang lena di tempat rehat keluarga.

Tergelak Adelia mendengar penerangan Syariff.

"Bukan tu lah maksud Lia. Lia cuma takut if Lia sedar , semua ni mimpi. Sebenarnya abang tak sedar lagi." kata Adelia dengan linangan air mata.

Tergamam Syariff saat Adelia menerangkan padanya. "Mesti setahun ni aku dah seksa kau dan keluarga aku kan ? Buat kau tunggu dan juga mereka tunggu aku." kata Syariff dengan kecewa.

"Tapi abang bukan sengaja pun kan ?" balas Adelia. Hampir sahaja dia hendak menangis di sisi Syariff. "Dah lah , sebab Lia abang fikir bukan-bukan pula. Tidurlah , abang tu baru sedar , mesti penat." tegur Adelia.

"Abang dah terlebih tidur sayang." jawab Syariff.

Adelia tersentak.

Dia memandang ke arah Syariff dengan tidak percaya. "Err , if kau dah panggil aku abang , tak ke aku mesti panggil kau sayang. Baru dengar macam sweet couple." terang Syariff, jadi serba salah pula dia melihat muka Adelia yang terkejut tadi.

Adelia memandang ke arah Syariff dengan tidak percaya. Dia ingatkan Syariff dah ingat ! Dia ingatkan babah Tariff dah kembali. Dia ingatkan.... Adelia tidak dapat menahan rasa sedihnya di dada. Air matanya mengalir jua. Syariff yang melihat Adelia menangis menjadi serba salah. Dia bukan sengaja nak main-mainkan Adelia cuma dia rasa macam nak cakap macam tu.

"Sayang , jangan lah menangis awak buat saya risau." tegur Syariff.

Makin kuat tangisan Adelia.

"Kenapa awak panggil saya sayang ?" soal Adelia dalam tangisannya.

Syariff pula yang terkejut. "Saya ?" soal Syariff.

"Tindakan reflek , saya pun tak sedar." jujur Syariff. Adelia menarik nafas dalam-dalam. Dia marah Syariff pun bukan boleh buat Syariff ingat.

Dia memandang ke arah Syariff yang risau akan dia. "Awak suami saya." kata Adelia pada Syariff.

"Saya boleh agak apa hubungan kita." balas Syariff bersama senyuman penuh ikhlas. Dia langsung tak terkejut.

Melihat muka terlebih yakin Syariff membuatkan Adelia tidak puas hati. Nama je baru sedar daripada keaadaan vegetatif tapi mulut aktif.

"Ha , dah tau saya dengan awak ni apa macam tu awak tidur." arah Adelia.

"Sayang , awak tidur lah sekali." kata Syariff. Mendengar Syariff menggelarnya sayang terasa hilang rindu setahunnya pada Syariff.

"Awak tidur dulu. Saya nak tengok awak tidur." arah Adelia. Syariff memandang Adelia sebelum memejamkan matanya. Tidak hilang walaupun sesaat senyuman di bibir Syariff sepanjang malam itu.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now