23 - kakak Qhalif punya

15.7K 892 31
                                    

Adelia memandang ke arah Qhalif , dia menunduk sedikit agar ketinggiannya tidak terlalu tinggi untuk Qhalif.

"Kita main game nak ? Qhalif tak boleh panggil kakak sampai lah kita tiba di hotel. Okay ?" kata Adelia.

Putera Wafiq memandang anaknya dengan wajah tidak percaya. Pandai betul anak dia mengelak dari identiti dirinya bocor ke pengetahuan rakyat Malaysia.

Hazreeq memandang ke arah orang ramai saat dia seperti terdengar suara-suara yang memanggil 'Putera Hazreeq'. Suasana di KLIA saat itu masih terkawal.

"Mari patik dan sahabat patik mengiringi tuanku sekeluarga hingga ke hotel." kata Adelia. Dia memandang Fariz yang berdiri di sisi Vince. Vince yang perasan terus bersuara.

"Adelia panggil kau !" kata Vince dengan geram pada Fariz. "Haa ?" tubuhnya ditolak oleh Vince.

Fariz terkejut saat dia berdiri di hadapan keluarga diraja itu. Sebuah senyuman dihadiakan kepada keluarga diraja itu. "Kenalkan , ini sahabat sekerja patik , tuanku." kata Adelia. Putera Wafiq dan Puteri Kasih hanya mengangguk, Putera Hazreeq langsung tidak menoleh , Puteri Laila , Putera Shazreeq langsung tidak ambil peduli manakala Putera Qhalif , matanya hanya fokus pada Adelia.

Mereka berdua masuk ke dalam sebuah kereta yang akan mengiringi kereta keluarga diraja. Wajah Fariz yang kelam dipandang oleh Adelia.

"Kenapa ?" soal Adelia.

"Awak puteri raja ke ?" soal Fariz.

Baru sahaja Adelia hendak menjawab , suara pemandu di hadapan mereka menyapuk.

"Ampun tuanku. Patik ingin sampaikan pesanan daripada Vince. Vince akan tiba di hotel agak lewat kerana ingin menghantar sahabat tuanku pulang." kata pemandu kereta itu.

Adelia memandang ke arah Fariz sekilas. "Vince mesti cari kau." kata Adelia pada Fariz.

"Beritahu Vince , sahabat saya akan turut serta." arah Adelia.

"Jadi betulah awak puteri raja ?" soal Fariz.

"Ya , saya."

"Ampunkan patik , tuanku." ucap Fariz. Adelia tergelak kecil mendengar kata-kata Fariz.

"Kau tak payah nak berpatik-patik dengan aku. Just jadi diri sendiri. Aku rasa Vince mesti dah pesan kat kau kan ? Jangan bocorkan identiti aku , betul tak ?" teka Adelia.

Laju sahaja Fariz mengangguk.

"Tolong tau." kata Adelia lagi. Fariz rasa macam nak menangis sahaja mendengar kata-kata Adelia yang lembut. Cara Vince mengugutnya sangat menyeramkan dia , siapa sangka tuanku boleh minta tolongnya dengan lembut !

"Sorry lah fasal Vince. Dia agak over protective sikit." sambung Adelia lagi.

"Bukan sikit tapi banyak." bisik Fariz dalam hati.

"Putera Wafiq mesti marah dengan sikap biadap saya tadi." kata Fariz bersama keluhan kecil.

"Mana ada kau biadap ? Okay je tadi. Nanti kita tangkap gambar erh , lepastu kau post gambar dekat instagram n twitter dengan caption menjemput tetamu terhormat dari Lusia sebagai wakil kepada industri lakonan. Something like that tau , aku tak nak orang syak apa-apa fasal aku." kata Adelia.

Tiba sahaja di hotel , Adelia dan Fariz melangkah masuk ke dalam dewan makan. Di dalam dewan makan hanya terdiri keluarga diraja itu sahaja. Sekeliling mereka adalah pengawal istana serta pelayan istana.

Sebaik sahaja mereka masuk , pelayan menunduk hormat ke arah Adelia. Fariz rasa macam kehadirannya tak perlu pun di situ. Siapalah dia untuk bersama keluarga diraja.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now